Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

Khairil Khusyairi
30/08/2024 11:55 MYT

Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.

First Time Join Perbarisan

Menurut salah seorang anggota yang dikenali sebagai Azral, dia dan pasukan tidak sabar untuk membuat penampilan di hadapan khalayak ramai sambil mempamerkan aksi-aksi gagah mereka.

“Untuk abang-abang sado ini first time kami sertai.

“Teruja lah juga sebab pertama kali kan. Kami nampak badan beruniform yang lain pun tegap-tegap juga. Kami respek lah tengok mereka.

“Tujuan utamanya kita nak menonjolkan dimana kita ada badan yang tegap,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

Bagi Fakhrul pula, dia menjelaskan penampilan sado anggota unit beruniform itu adalah bagi tujuan kesihatan disamping menjaga nama dan imej unit barisan hadapan tersebut.

Buat Badan Sebab Nak Jaga Imej

Malah jejaka yang bertugas di Perak itu juga memaklumkan tiada persaingan antara mereka dengan unit beruniform yang lain.

“Konsep kita untuk sihat tapi untuk badan beruniform kita patut jaga kita punya imej. Tak kisahlah jabatan uniform mana, kita patut jaga imej agar lebih kemas. Itu yang penting.

“Sebenarnya kami semua kawan-kawan. JPJ, Bomba, PDRM semua kami workout sekali. Jadi tiada isu persaingan, kami semua macam adik abang,” jelasnya.

Dalam pada itu, mereka turut mengakui menerima gangguan-gangguan dari kalangan netizen namun enggan mengambil serius.

“Gangguan itu perkara biasa, kita pilih yang mana elok atau tidak. Pandai pilih lah nak layan atau tidak. Asalkan jaga nama baik,” kongsinya lagi.

Pasukan Bina Badan Unit Beruniform JPJ akan membuat penampilan sulung mereka di sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang dijadualkan berlangsung esok di Dataran Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbarisan Hari Kebangsaan, Netizen Paling Tak Sabar Tunggu Unit K9 - “Handsome! Siap Pakai Kasut, ‘Spek’ Mata Lagi!”

ARTIKEL BERKAITAN: DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN: 21 Jalan Utama Di Putrajaya Ditutup 6 Jam Sempena Raptai Hari Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN: Aset Udara ATM, Pasukan Keselamatan Lakukan Latihan Penerbangan Rendah Mulai Hari Ini Hingga 31 Ogos

#Bomba #Uniform #Abang Sado #JPJ #PDRM #Merdeka #Putrajaya #Perbarisan #Kebangsaan