“Abang Solat? Rukun Iman Ada Berapa?” - Nak Bantu Atau Tarbiah Buat Kuiz Agama? Individu Ini Dikecam Netizen!
Kecoh di media sosial mengenai sebuah video yang memaparkan seorang individu dipercayai ustaz memberikan sumbangan.
Bantuan berbentuk barangan keperluan itu diberi kepada beberapa penerima dipercayai penduduk sekitarnya.
Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan ramai tidak puas hati adalah layanan pihak tersebut yang seakan memarahi penerima kerana tidak sembahyang.
Menerusi rakaman pendek berdurasi 1.40 minit, individu tersebut pada awalnya mengira jumlah sumbangan yang diberi.
Dia kemudian mengharapkan supaya kesemua penerima mengerjakan solat selepas menerima sumbangan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, dia turut menyoal beberapa soalan seperti rukun iman dan niat solat maghrib.
Biarpun pertanyaan itu tidak salah, namun orang ramai bertanggapan nada suara individu tersebut seakan memarahi penerima sumbangan kerana gagal menjawab soalan itu.
“Saya nak kamu solat saja, boleh?
“Majoriti tak solat, abang solat? Abang baca kepada saya rukun iman berapa.
“Abang tak lepas, abang lain pula baca niat solat Maghrib.Tadi kau bilang kau solat, bahasa Arab la mana boleh Melayu.
“Saya guru agama bang,” katanya.