Hiburan

Ada Batu Karang Dalam Hempedu Almy, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu

gempak
Zulaikha Yusof
25/08/2020
09:40 MYT
Sponsor Banner
Ada Batu Karang Dalam Hempedu Almy, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu
Pelakon Datuk Fizz Fairuz, 41, mengesahkan isterinya, Datin Almy Nadia, 34, mempunyai batu karang dalam hempedu selepas dimasukkan ke Hospital Columbia Asia, Setapak semalam.
Ketika dihubungi Gempak, Fizz menyatakan Almy berada dalam keadaan stabil ketika ini.
"Almy ada batu karang dalam hempedu. Dia baru selesai melakukan Ultrabunyi. Keadaan dia tak kritikal tetapi banyak la batu halus.
"Doktor syak ada batu karang jatuh ke dalam usus. Itu yang perlu kepastian sama ada betul atau tidak.
"Doktor cuba untuk mengesahkannya melalui pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI). Bila dah buat baru kita tau keadaan sebenar," katanya menerusi kiriman mesej di WhatsApp.
Tambah pelakon drama Kamar Kamariah, selepas keputusan dikeluarkan baru boleh memutuskan rawatan yang akan dilakukan.
"Lepas tu baru doktor akan buat keputusan sama ada nak buat pembedahan laser atau makan ubat sahaja," katanya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz Zainal Abidin turut berpesan agar tidak mengambil jamu dalam kehidupan harian.
"Awas!! Jangan makan jamu. Bahaya," kata Fizz mengakhiri perbualan.
Sebelum ini, Fizz berkongsi foto Almy terlantar di hospital menerusi Instagram (IG) miliknya.
BACA: Almy Nadia Masuk Hospital, "Tak Tahu Lagi Sakit Apa ..."
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live