Laman Utama

“Ada Benda Saya Kena Capai Sebelum Kahwin” - Ayda Jebat Hadiahkan Sebuah Rumah Untuk Ibu

gempak
Azwa Rahman
21/11/2020
03:00 MYT
Sponsor Banner
“Ada Benda Saya Kena Capai Sebelum Kahwin” - Ayda Jebat Hadiahkan Sebuah Rumah Untuk Ibu
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menghadiahkan sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, Selangor kepada ibunya, Rohana Mohamed.
Menerusi laman sosial Instagram, Ayda berkongsi kegembiraan bersama ibunya itu untuk tatapan umum.
“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia, sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.
“Mama selalu call pesan ‘kakak jangan kerja kuat sangat, kena rehat jugak’. Ma, kerja keras saya tak sekuat pengorbanan mama jaga saya dan adik-adik. I love you. I will always take care of you, walaupun saya dah kahwin nanti,” tulis Ayda di ruangan kapsyen.
Malah, Ayda turut berharap dan mendoakan supaya semua orang dapat membahagiakan orang tua masing-masing selagi mereka masih bernyawa.
"Saya doakan semua dapat bahagiakan orang tua anda bukan saja dari harta benda, malah banyak benda lain anda boleh berbakti untuk mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah”, jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti memberikan ucapan tahniah dan turut gembira melihat kegembiraan anak-beranak.
“Bila kita berbagi rezeki, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan. Semoga mewah rezeki my dear friend,” tulis seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, doakan saya juga dapat tunaikan hajat mak dan gembirakan dia,” komen seorang wargamaya.
“Membahagiakan ibu bapa, hidup kita pasti bahagia. Tahniah AJ,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, bila kita jadi anak yang berbakti, rezeki kita tidak akan sempit. Insya-Allah,” ujar seorang wargamaya.
“Bangga dengan awak. Kejayaan AJ, kejayaan mama juga. Tahniah!” ucap seorang wargamaya lagi.
Sekadar info, Ayda Jebat, 28, bersama tunangnya, pengacara Nabil Mahir, 32, mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Pasangan tersebut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live