BERITA
"Ada Juga Pelanggan Datang Kecam Depan-Depan" - Adam Corrie
Pelakon Adam Corrie akui telah dikecam oleh beberapa orang pelanggan yang datang ke butik pakaian miliknya baru-baru ini.
Semuanya gara-gara selepas tular isu butiknya yang terletak di Menara MARA, dikatakan tiada sambutan pada Ramadan lalu.
Menurut Adam, selepas isu terbabit, beberapa individu datang ke butiknya untuk mengecam dan melemparkan kata-kata negatif.
"Selepas tular isu butik saya pada bulan Ramadan lalu, ada pelanggan datang kecam saya depan-depan di butik.
"Mereka mengecam dan mempersoalkan tindakan saya, ada juga yang kata saya tak bersyukur.
"Selain itu, rekaan pakaian saya juga turut dikritik namun saya cuba bersabar dan memberi reaksi positif terhadap mereka," katanya kepada Gempak.
Adam ditemui di Majlis Jamuan Hari Raya Pencil Pictures & Records bersama Pusat Tahfiz Syabab yang diadakan di Kepong, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Sedikit info mengenai Adam, pelakon filem KL Gangster ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 1984 dan masih bergiat sehingga kini.
Must-Watch Video