Pelakon popular, Maya Karin mengakui dirinya didekati beberapa orang lelaki tempatan termasuk seorang jejaka dari Australia.
Maya berkata, sejak kembali solo pada 2010 ramai yang mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat tetapi dia lebih selesa berkawan kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya.
“Ya, sejak kembali single ada lelaki yang cuba mendekati dan nak kenal-kenal. Ada lekaki tempatan, dan yang agak serius nak kenal saya ialah seorang jejaka berasa dari Australia.
“Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.
“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya.
Maya mendedahkan perkara tersebut ketika sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, malam tadi (Isnin).
Sesi tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu serta tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain itu, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali menerusi filem Anak Halal (FFM21) dan Ombak Rindu (FFM25) itu juga sempat berkongsi mengenai anxiety disorder yang dihadapiya.
Kata Maya, disebabkan anxiety disorder dia gagal untuk mendapatkan watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.
“Masa uji bakat, saya tak boleh buat dengan baik sebab serangan anxiety. Tangan saya menggigil, berpeluh dan perasaan ketika itu tak stabil.
“Tetapi sekarang ini saya sudah boleh mengawal anxiety saya. Memang betul saya ada rujuk kepada doktor mengenainya,” kata Maya.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula 20 November hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral - The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Fiza Kamarudin
Tue Nov 23 2021


“Tiada Isteri Mahu Perkara Tak Baik Jadi Pada Suami…” - Aliff Aziz Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Sophia Albarakbah
Aliff akur permintaan Bella

“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow