gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Pempengaruh Maut Lepas Buang Lemak, ‘Buat Hidung’ Percuma Semasa Berbulan Madu
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Hariz Fayahet Pernah 'Struggle' Dapat Restu Ibu Untuk Menyanyi - "Dia Harapkan Saya Kerja Dalam Sektor ..."
HIBURAN
"Islam Larang Kita Buka Aib Rumah Tangga, Lebih-Lebih Lagi Libatkan Hubungan Intim" - Ustaz Hadhari
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Ada Pakaian Dalam Dicuri Untuk Tujuan Sihir! - "Biasanya Pesakit Mengadu Susah Tidur Malam, Sakit ..."

gempak
Gempak
20/04/2025
14:00 MYT
Sponsor Banner
Ada Pakaian Dalam Dicuri Untuk Tujuan Sihir! - "Biasanya Pesakit Mengadu Susah Tidur Malam, Sakit ..."
Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada menjemur pakaian khususnya pakaian dalam di tempat terbuka bagi mengelakkan kecurian.

BERITA TRENDING: Watie Akui Menyesal Pernah Suntik ‘Filler’ Pada Wajah, Nak Buang Kos Tinggi! - “Dagu Jadi Panjang Macam Ahli Sihir”

BERITA TRENDING: Ogy Ahmad Daud Pernah Disihir Selepas Kahwin - “Jumpa Patung Muka Sendiri…”

BERITA TRENDING: “Lillahi ta'ala Saya Tak Gila, Dapat Bantu Saya Tak?” - Nonny Buntu Terima Gangguan Sihir, Dakwa Bapa & Kakak Dibunuh

Mengulas insiden mencuri pakaian dalam yang kerap berlaku, perawat di Pusat Rawatan Islam Syria Asma, Hakim Jaafar berkata, terdapat golongan tertentu yang berbuat demikian untuk tujuan sihir.
Menurutnya, Pusat Rawatan Islam Syria Asma pernah mengendalikan kes-kes seumpama itu dan kebanyakannya melibatkan wanita, malah ada antara mangsa yang mengalami sakit berpanjangan.
“Memang ada kes-kes seperti ini yang saya rawat sebelum ini dan biasanya pesakit akan datang mengadu sakit, susah tidur malam, tidur terganggu dan sebagainya.

“Ketika diruqyah, kita pun dapat tahu punca seseorang itu sakit, ada yang disebabkan sakit hati, cemburu dan macam-macam lagi.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai yang sudah sembuh tetapi kena ingat juga, perawat bukanlah beri kesembuhan 100 peratus, 70 peratus hasil rawatan perawat dan 30 peratus adalah usaha pesakit sendiri menerusi amalan zikir dan lain-lain,” katanya kepada Sinar Harian.
Hakim berkata, sememangnya terdapat individu tertentu yang mencuri pakaian dalam untuk melakukan perkara-perkara mistik seperti menyihir pemiliknya.
Katanya, sihir berkenaan boleh membuatkan mangsa menjadi lemah, sering sakit kepala, sakit badan, mengalami mimpi buruk dan kesihatan terganggu.
“Bila terkena sihir ini, memanglah mangsa akan jatuh sakit dan jika tidak dirawat ia boleh berlarutan.
“Apa pun segalanya adalah daripada dan dengan izin ALLAH SWT. Sebagai hambaNYA, kita seharusnya sentiasa beramal soleh kerana ia mampu menjadi pendinding kepada kita,” katanya.
Topic Berkaitan
#Sihir
#Curi
#Pakaian
#Gangguan
#Dengki
#Perawat
Must-Watch Video