Tidak semua terutama wanita terbuka dengan isu poligami meskipun perkara itu dihalalkan dalam Islam.

Bukan mahu mempertikaikan sunnah Nabi Muhammad, tetapi mungkin kerana kaum hawa ini mempunyai hati yang lembut dan sensitif lebih-lebih apabila terpaksa berkongsi kasih.

Bagaimana pun seorang pengguna laman Facebook, Mohd Safuan bersifat terbuka untuk berkongsi kisah poligaminya yang kini beristeri dua.

Hanya berniat untuk menulis sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinannya yang ke-10 dengan isteri pertamanya, Mohd Safuan bercerita kisah dari mula mengenali isteri pertamanya yang sanggup bersusah payah dari sebelum berkahwin sehingga mempunyai enam orang anak bersama.

Pun begitu, Safuan memberitahu isteri pertamanya Aisyah pada mulanya bersedih apabila dia suarakan niatnya untuk berkahwin lagi, namun wanita itu sanggup ketepikan perasaannya demi kebahagiaan suami.

“Bila seorang suami suarakan untuk nikah lagi, isteri mana yang boleh terima? Ada..isteri saya ni la..Aisyah. Dia ada perasaan tapi dia ketepikan perasaan dia sebab saya,” ceritanya.



Tidak cukup dengan itu, Safuan mendedahkan isterinya menemaninya ke beberapa negeri untuk mencari calon isteri kedua sehingga sanggup menguruskan kebenaran berpoligami di Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah.

Safuan akui hati isterinya remuk sehingga perlu mengikuti kelas merawat hati bagi memulihakn emosinya yang berkecamuk.

“Remuk hatinya siapa yang tahu. Dia cari kekuatan untuk kawal emosi dia, untuk bahagiakan saya. Macam manalah abang tak saying,” luahnya.



Sementara itu, bercerita mengenai pengalaman berpligami selama tiga tahun bersama dua isteri, Safuan akui melalui pelbagai dugaan termasuk terpaksa tidur dan bermalam di surau.

“Pada awal-awal poligami itu pening juga. Ada hari yang saya tidur di surau. Sebab di situ je tenang. Jangan tanya lah kenapa. Faham-faham sahaja la,” tulisnya.

Namun menerusi satu komen di posting tersebut, dia disoal mengapa masih mahu berkahwin dua sedangkan akui isteri pertama terlalu baik.

“Keperluan masing-masing berbeza tuan. Ada yang cukup dengan 1 isteri, ada yang perlu 2. Islam tahu fitrah manusia begitu. Jadi dia benarkan kaum lelaki berpoligami,” jawabnya.



Bagaimana pun menerusi kemas kini terbaharu di akaun Facebooknya memberitahu posting tersebut telah dibuang oleh Facebook selepas ramai pihak yang tidak setujuk dan membuat laporan.