gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Wanita Didakwa Simpan, Sebar Gambar Lucah Cikgu
BERITA
Pelancong AS Puji Makanan Malaysia Lebih Sedap, Murah
VIRAL
Abang Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Urusan Ziarah Arwah Nurly Sahirah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Ada Yang Dakwa Syamsul Bertunang? Puteri Sarah Komen -" Kalau Betul Jangan Lupa Tanggungjawab Anak-Anak"

Mya Amri
Mya Amri
21/06/2022
07:21 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Dakwa Syamsul Bertunang? Puteri Sarah Komen -" Kalau Betul Jangan Lupa Tanggungjawab Anak-Anak"
Satu tangkap layar yang dimuat naik pelakon, Puteri Sarah mengenai kiriman mesej peribadi (DM) mengenai status suaminya didakwa bertunang menjadi perhatian netizen.
Kiriman tersebut mendakwa suaminya sudah bertunang dengan wanita yang pernah dikaitkan sebelum ini, Ira Kazar.
“Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!,” tulis DM tersebut.
Tidak cepat melatah, Puteri Sarah bagaimanapun memberikan reaksi kepada kiriman mesej itu dengan nada positif.
Menurut Puteri Sarah, sekiranya berita itu benar maka tanggungjawab terhadap anak-anak jangan dilupakan.
"Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak," tulisnya di Instagram Story.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.

Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#Puteri Sarah
#Ira Kazar
#Dakwaan Bertunang
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement