Gaya Hidup
"Ada Yang Dipecat Kerja Kerana Krisis Ekonomi, Kini Bangkit Jadi Hero" - 200 Usahawan Di Jakarta Dapat Bimbingan RichWorks
Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam baik buat RichWork International Sdn. Bhd., bila dapat bersama sekitar 200 usahawan terutama dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam.
Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes coaching bersama usahawan ini.
Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.
“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dibawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno.
“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya.
Sejarah hubungan Malaysia-Indonesia
Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia- Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara, insyaAllah.
"Saya dan RichWorks berasa bangga dan bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan greater Indonesia pada 2025.
"Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi orang berjumlah 279.5 juta, insyaAllah," ujarnya
Zero to hero
Sementara itu, Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero.
Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes.
"Ingatkan pengalaman saya, pernah dipecat kerja ketika krisis ekonomi. Namun dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas, alhamdulillah jadi hero.
"Lihat bimbingan Azizan juga sangat terbukti dengan melahirkan ramai usahawan Titanium (permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion," jelasnya.
Must-Watch Video