,
Viral

Ada Yang Pertikai Anak Terlalu Biadap, Zarina Zainuddin: “Tak Payahlah Nak Terajang Azal, Terajang Akak Dulu… Azal Tu Lurus”

Gempak
24/03/2024
01:58 MYT
Pelakon dan usawahan Zarina Zainuddin mengakui masing-masing berhak memberikan pendapat mengenai cara anaknya, Azal berinteraksi dengan dirinya di media sosial.

Tertinggal passport

Zarina berkata, Azal merupakan insan istimewa dan apabila bersuara, ia datang daripada hati yang jujur dan ikhlas.
“Masing-masing ada hak untuk bercakap, untuk memberi pendapat. Azal juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Bila dia bersuara ia datang dari hati yang jujur dan ikhlas.
“Mengenai isu tertinggal passport, betullah Azal cakap saya ni bodoh sebab benda penting macam tu pun saya boleh lupa sebenarnya. Tiada excuse juga membabitkan isu passport tertinggal. Benda penting kena ambil dan simpan dulu,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Zarina mengulas mengenai komen wargamaya di platform X baru-baru ini yang mempersoalkan cara Azal yang dianggap biadap terhadap Zarina ketika berbicara.

Cara interaksi

Dalam pada itu, Zarina menambah, cara Azal berinteraksi mungkin disebabkan terikut dengan percakapan yang didengar atau selalu lihat.
“Tapi pendapat Azal ni terlalu telus terlalu lurus dan dia menggunakan ayat yang kasar. Dia mungkin terikut-ikut percakapan melalui Youtube atau sumber media yang selalu dia lihat.
“Saya langsung tak kecil hati. Azal bukan anak saya yang normal seperti yang lain. Kalau anak yang normal memang saya dah tempeleng muka mereka.
“Kita sebagai ibu pun ada buat salah jangan ingat kita ni semua betul jer. Untuk pendapat adik ni, tak payah lah nak terajang Azal. Terajang akak dulu sebab memang akak yang salah dik. Azal tu lurus. Tak pandai menipu,” katanya lagi.
Sebelum menutup bicara, Zarina menjelaskan yang anaknya itu banyak memperbetulkan dirinya sebagai seorang ibu.

Anak Syurga

“Dia banyak betulkan akak yang tak betul ni sebenarnya. Dia kan anak Syurga akak. Dan akak maafkan dia. Tak ada terasa pun. Dia pun dah menyesal cakap macam tu.
“Benda kecil dik, parah kalau mak sikit-sikit merajuk dengan anak ni. Kesian dorang. Cuma kita kena ingatkan bahasa dia guna tu tak sesuai, salah dan sebagainya. Kita manusia biasa belajar melalui kesalahan,” tutup Zarina.

BERITA TRENDING: “Ini Bukan Filem My Name Is Khan” - Segelintir Netizen Tak Setuju Azal Kahwin Sebab…

BERITA TRENDING: “Suruh Dia Diet Kak, Takut Nanti Jadi Obese” - Netizen Minta Zarina Zainuddin Jaga Pemakanan Anak

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jom Geng Singapura, Bergelak Tawa Dengan Sepahtu Reunion Live 30 November Nanti! - "Ada Cameo Anna Jobling & Maria Farida"

gempak
21/11/2024
11:56 MYT
Setelah kejayaan luar biasa Sepahtu Reunion Live di Malaysia, penganjur utama Eventify Pte Ltd kini berbesar hati membawa gelombang komedi Malaysia ke Singapura!
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Hiburan

Dihalang Isi Minyak Kereta, Shakilla Khoriri Bengang Dituduh Warganegara Singapura Hanya Kerana No Plat Kereta - “Kereta Besar Otak Kosong”

gempak
06/11/2024
05:55 MYT
Menurut Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri individu tersebut telah memanggil pekerja stesen minyak berkenaan dan memberitahu jangan izinkan dia untuk mengisi minyak di stesen tersebut.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

gempak
27/10/2024
00:55 MYT
Ibu kepada pelakon kacak kelahiran Singapura Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil terkejut dengan penularan berita mendakwa anak lelakinya itu bakal mengahwini pelakon genit Ruhainies.
Hiburan

"Habis GV9 Saya Balik Ke Singapura..." - Hazrul Nizam Lancar Lagu Rawan Selepas 21 Tahun Tanpa Lagu Solo

gempak
22/10/2024
15:55 MYT
Penyanyi Hazrul Nizam mengambil keputusan tampil dengan single baharu selepas kali terakhir membawakan lagu Kaulah Segalanya kira-kira 21 tahun lalu.
Unitar