Tentu anda masih ingat dengan Che Norashikin Binti Ahmad Azmi, Flavettes Glowing Star 2018. Impian beliau kami realisasikan dan kami bangga dengan kejayaannya. Dan kali ini, kami mahukan anda pula.

Apakah Pencarian Flavettes Glowing Star?

Flavettes Glowing Star adalah rancangan realiti untuk merealisasikan impian 5 wanita dari pelbagai bidang seperti Bakeri, Perniagaan, Sukan & Kesihatan, Solekan dan Persembahan untuk menggapai potensi sebenar mereka!



Lebih hebat, mereka akan dibimbing oleh mentor-mentor selebriti berpengaruh dalam industri. Mentor -mentor ini akan memberi inspirasi dengan tip-tip berguna untuk mencapai matlamat dan yang paling penting untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam rancangan realiti.

Bagaimana Anda Boleh Menyertainya?

Langkah 1
Calonkan diri anda atau kawan anda yang memerlukan dorongan tambahan untuk mencapai matlamat mereka!

Langkah 2
Postkan video atau gambar diri anda dalam tindakan melakukan salah satu kategori yang kami cari di akaun Instagram / Facebook anda dan pastikan anda hashtag #kategori yang anda sertai. Kemudian nyatakan slogan “Saya layak dipilih menjadi Flavettes Glowing Star kerana” (tidak lebih 25 perkataan) dan tag @AstroGempak dan sertakan hashtag rasmi #FLAVETTESGLOWINGSTAR2019

Langkah 3
Muat naik penyertaan anda bermula 22 Julai 2019, Isnin hingga 11 Ogos 2019, Ahad. Akaun media sosial anda mesti ditetapkan untuk tontonan awam.

Langkah 4
Seramai 5 perserta, seorang dari setiap kategori dengan slogan terbaik akan dipilih untuk mejadi peserta realiti televisyen Flavettes Glowing Star 2.0: Realisasikan Impian Wanita Hari Ini.


Klik Sini: www.gempak.com/Flavettes2019

Siapa Yang Layak Menyertai?

Peraduan ini dibuka kepada semua wanita Malaysia yang berusia 21 hingga 35 tahun (pada 22 Julai 2019) sama ada yang masih bujang atau telah berkahwin.

Kehadiran peserta untuk menghadiri sesi “bootcamp” Flavettes Glowing Star bermula dari tarikh 20 – 24 Ogos 2019 adalah diwajibkan. Tempat dan masa untuk “bootcamp” Flavettes Glowing Star akan dimaklumkan kemudian.

Semua peserta WAJIB untuk menghadiri acara Watsons Get Active Lifestyle di Sunway Lagoon pada 19 Oktober 2019, Sabtu di mana peserta akan ditugaskan untuk mempamerkan transformasi mereka yang telah dipelajari dan diperolehi daripada Mentor Selebriti.

Pssssttt! Kami Ada Tip Untuk Anda!

Kami mencari peserta yang berdedikasi dan penuh keinginan untuk cemerlang dalam bidang mereka. Jadi pastikan video / gambar anda memberikan impak tersebut. Oh, jangan lupa, jadilah yang paling kreatif dalam menjawab slogan kempen. Yang terakhir, tak salah tunjukkan gaya penampilan and yang menarik, kan!

Jadi tunggu apa lagi, jangan terlambat! Sertai pencarian Flavettes Glowing Star 2019 sekarang! Flavettes Glowing Star 2.0: Realisasikan Impian Wanita Hari Ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.gempak.com/Flavettes2019