,
Berita

Adakah Selamat Bawa Bayi Mendaki? Bapa Ini Kongsi Panduan Menarik!

Syafiqah Jalal
02/09/2018
08:26 MYT

Kanak-kanak ini pernah menjadi perbualan hangat di media sosial. Mana tidaknya, baru berusia enam bulan sudah berjaya naik ke kawasan Gunung Brinchang, Cameron Highland.

Namun itu dulu, kini Noah Hannan berusia satu tahun sudah menjelajah lima kawasan gunung. Malah banyak lagi misi pendakian telah dirancang bapanya Murshid Maktar, 31.

Seperti biasa, tidak semua perkara disenangi ramai. Kanak-kanak kecil ini turut dikritik netizen kerana usianya yang terlalu ‘hijau’.

Namun, bagi anda yang teringin nak bawa anak tetapi masih ragu-ragu dengan aspek keselamatan mereka, mungkin tips dan panduan daripada Murshid ini boleh membantu.

1.KENAL PASTI KEADAAN DAN CUACA GUNUNG

Menurut Murshid, sebagai ibu bapa, mereka harus peka dengan keadaan sekeliling. Kenali tempat, cuaca dan juga persekitaran lokasi pendakian.

Bukan semua gunung sesuai untuk kanak-kanak contohnya, Gunung Merapi kerana gunung berkenaan berdebu dan mempunyai bau sulfur kuat.

2. PERIKSA TAHAP KESIHATAN ANAK

Paling penting sebelum memulakan pendakian! Pastikan anak anda membuat pemeriksaan doktor supaya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di gunung.

Bagi Murshid, dia akan membawa anaknya berjumpa doktor sehari sebelum pendakian. Semua bekalan perubatan perlu dibawa sebagai persediaan.

3. TAHU KEPERLUAN BAYI/KANAK-KANAK

Ketika Noah berusia 11 bulan, Murshid telah membawanya ke Gunung Merbabu Jaya Indonesia.Ketika itu antara peralatan keperluan Noah seperti botol susu, thermos, biskut dan makanan bayi.

Selain itu, ubat selesema, ubat batuk, ubat demam, 'warmer pack', minyak panas, penyembur elak serangga, veseline, 'emergency blanket' turut dibawa.

4. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL IBU BAPA

Perlu diingatkan pendakian bersama anak yang masih kecil sentiasa ada cabarannya.Dari segi fizikal, ibu bapa harus sentiasa kuat untuk membawa segala kelengkapan.

Menurut Murshid, dia perlu menanggung berat anak dicampur dengan berat dan beg yang secara keseluruhan mencecah kira-kira 20 kilogram.

5. PERSEDIAAN MENERIMA KECAMAN

Bagi Murshid bayi akan mula belajar benda baru sejak usia mereka masih kecil termasuklah mengenali persekitaran dan alam semulajadi.

“Saidina Umar Al-Khattab sendiri mengajak penduduk Syam supaya mengajar anak-anak berenang, memanah dan menunggang kuda, itu juga dikategorikan sebagai aktiviti lasak,” katanya.

Sehingga kini, Noah Hannan telah menjejakkan kaki di Gunung Irau, Cameron Highlands, Bukit Batu Putih di Tanjung Tuan, Port Dickson (3 kali) Peak Garden Setia Alam, Selangor (5 kali) selain Gunung Nuang, Hulu Langat dan Denai Tiga Puteri (3 kali), Kota Damansara.

Hujung tahun ini kemungkinan Noah akan meneruskan jelajahannya ke Poon Hill atau Annapurna Sanctuary manakala Rinjani atau Fuji pada tahun depan.

Kalau nak lihat banyak lagi gambar Noah, anda bolehlah ke Instagram noah_hannan17

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Unitar