gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aliff Syukri Bantu Aiman Tak Kisah Cari Rezeki, Beri Peluang Jadi Host - “Hanya Lelaki Bergelar Suami & Ayah Sahaja Faham Apa Dia Rasa”
HIBURAN
Gagal ‘Battle’ Tiket Konsert Inteam, Peminat Minta Hari Kedua - “Please Buat, Saya Kempunan Sebab…”
BERITA
Bunuh Isteri Hamil Kerana Kecewa Bakal Dapat Anak Perempuan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Adaptasi Kisah Sebenar, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Sempena Merdeka! - "Terubat Rindu Dapat Dengar Suara ..."

gempak
Amri Hassan
31/08/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Adaptasi Kisah Sebenar, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Sempena Merdeka! - "Terubat Rindu Dapat Dengar Suara ..."
Usahawan dan pempengaruh popular Hafiz Mahamad buat pertama kalinya tampil menerbitkan sebuah filem pendek berbentuk eksperimental sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 tahun ini.
Filem pendek yang diberi judul Kisah Merdeka itu turut membariskan isteri tercintanya, Syafiqah Aina sebagai tunjang utama selain dilatari suara pelakon legenda, Datuk Rahim Razali.
Uniknya tentang Kisah Merdeka, ia merupakan hasil terbitan sepenuhnya daripada produksi Ainaa Beauty sendiri.
"Saya dan isteri menghasilkan sebuah karya sempena bulan kemerdekaan, digarap serta diterbitkan sendiri oleh team in house Ainaa Beauty.
"Filem ini dihasilkan dalam masa yang singkat sahaja dan ia mengisahkan perbezaan dua zaman; zaman dahulu (sekitar 1940) dan zaman terkini (2023)," katanya.
Kisah Merdeka menceritakan tentang masyarakat yang dijajah pada zaman dahulu oleh pihak komunis dan pada masa sama ada segelintir masyarakat kini masih dijajah melalui mentaliti yang suka mengutuk dan mengejek kekurangan orang lain.
"Kesusahan, kelemahan luaran sentiasa menjadi 'subjek' penjajah pada mereka yg lemah. Teknologi pula adalah 'senjatanya'. Nenek moyang kita ajarkan kita tentang 'bersatu' agar menjadi bangsa yang kuat. Jika ada yang lemah, pasti akan ada hadir untuk membantu," getusnya.
Menariknya tentang filem pendek itu juga, Hafiz mengetengahkan kisah sebenar daripada pengguna produk Ainaa Beauty yang berdepan dengan cemuhan netizen.
"Objektif cerita ini adalah untuk memberikan kesedaran jangan salah menggunakan kemodenan teknologi untuk menghina individu yang kelihatan lemah.
"Ia diadaptasi daripada kisah sebenar pengguna Ainaa Beauty yang berhadapan dengan cemuhan netizen disebabkan masalah kulit muka mereka,
"Filem ini adalah permulaan kepada 11 siri cerita yang akan dipaparkan tidak lama lagi yang berkisarkan tentang perjalanan individu berdepan hinaan masyarakat," tambahnya.
View this post on Instagram
A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)
Selain penampilan Syafiqah Aina dan keluarga Ainaa Beauty, filem Kisah Merdeka juga menggunakan suara latar pelakon legenda tersohor, Datuk Rahim Razali.
Meninjau ruangan komen, ada yang meluahkan rasa rindu dapat mendengar semula suara Datuk Rahim Razali menerusi filem pendek Kisah Merdeka.
"Terubat rindu dapat dengar suara pelakon legenda kesayangan ramai ini. Teruskan usaha murni Hafiz dan Aina!" tulis warganet.
Serentak dengan tayangan filem pendek sulung Kisah Merdeka itu, Hafiz bakal memilih tujuh pemenang terbaik daripada komen di ruangan Instagram untuk memenangi saguhati bernilai RM300.
Syaratnya perlulah berkongsi kisah peribadi berdasarkan filem pendek eksperimentasi 'Kisah Merdeka'!
Topic Berkaitan
#Viral
#Filem
#Hafiz Mahamad
#Syafiqah Aina
#Merdeka
#Eksperimental
#Kisah Merdeka
#Komunis
#Penjajah
Must-Watch Video