Laman Utama

Adele Hangat Bercinta, Sudah Sedia Berkahwin Lagi?

gempak
Asraf Aided
07/12/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
Adele Hangat Bercinta, Sudah Sedia Berkahwin Lagi?
Penyanyi antarabangsa Adele dan teman lelakinya, Rich Paul benar-benar mencintai satu sama lain dan mula memandang masa depan hubungan mereka.
Menurut sumber memberitahu HollywoodLife, Adele dan Rich masing-masing bersemangat dan bekerja keras selain membangkitkan inspirasi antara satu sama lain.
"Mereka berdua rasa bersemangat dan masing-masing bekerja keras.
"Adele sangat menawan dan akan menyerikan mana-mana ruang yang dia pergi, dia (Rich Paul) sentiasa memberi kebebasan untuk Adele menjadi diri sendiri," katanya menggambarkan kebahagiaan pasangan itu.
Tambahnya, Rich juga merasakan komitmen sebagai satu perkara penting dalam hubungan mereka.
"Rich juga merasakan komitmen sebagai satu perkara yang sangat penting.
"Mereka berdua terbuka dengan idea untuk berkahwin, namun sudah tentu keduanya tidak mahu terburu-buru kerana mereka masih menikmati hari-hari sebagai kekasih untuk saling mengenali dengan lebih rapat," katanya lagi.
Sekadar info, Rich Paul adalah seorang ejen sukan terkemuka yang berjaya.
Terdahulu, Adele pernah mendirikan rumah tangga bersama Simon Konecki namun rumah tangga mereka menemui titik noktah pada April 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang cahaya mata, Angelo Adkins yang kini berusia 9 tahun.
Foto: HollywoodLife
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live