Personaliti media sosial yang juga adik kepada selebriti Noor Neelofa, Athisha Khan meraikan kejayaannya menamatkan pengajian di United Kingdom dalam sebuah majlis ringkas di rumah.

Menerusi laman sosial Instagram, Athisha berkongsi momen-momen memakai jubah konvokesyen bersama seluruh ahli keluarganya untuk tatapan umum.

Difahamkan gadis berusia 23 tahun ini merupakan graduan undang-undang dengan perniagaan di University of Birmingham, United Kingdom.

Graduation picnic with my forever favourites. Law with business studies LLB,” tulis Athisha ringkas di ruangan kapsyen foto.

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)


Menerusi perkongsian itu lagi, Athisha turut memberikan penghargaan buat kedua ibu bapanya, Datin Noor Kartini serta Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan di atas sokongan mereka selama ini.

Malah, Noor Kartini turut memanjatkan kesyukuran dengan pencapaian membanggakan anaknya yang berjaya menggenggam segulung ijazah.

“Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatmu Ya Rabb. Sungguh kasih sayangnya amat luas dan nikmat mu amat hebat. Wahai pencipta langit dan bumi peliharalah kami dan lindungilah kami dari segala bala malapetaka. Selamatkanlah kami di duniamu dan di akhiratmu Ya Rabbul Alamin. Terima kasih Allah untuk segala nikmatmu.

“Tahniah anakku sayang @athishakhan. Moga terus menjadi hamba yang memberi manfaat pada seluruh umat. Amin,” ujar Noor Kartini di ruangan IGnya.

Tidak hanya itu, Athisha juga sempat merakamkan momen bersama kakaknya Neelofa, abangnya Mohd Aqief, serta adik-adiknya seperti Ameera dan Faliq.

A post shared by Athisha Khan (@athishakhan)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas pencapaian cemerlang Athisha.

I wanna hug you so tight! You did it omg, congrats,” komen seorang wargamaya.

Congratulations. Can’t believe you’re graduating. Feels like just yesterday you were vlogging on being graduated from KTJ,” ujar seorang wargamaya.

Tahniah Athisha! Watched your vlog from A-Level till now,” ucap seorang wargamaya.

Congrats beautiful Athisha,” puji seorang wargamaya.

Alhamdulillah, congrats kak Sha,” kata seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto-foto graduasi Athisha meraih sehingga 60,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Athisha juga merupakan seorang vlogger terkenal dan sehingga kini dia mempunyai hampir 315,000 pengikut di laman YouTube.