,
Viral

Elcah Maafkan Suami & Penyondol - “Saya Tahu Saya Isteri Yang Lurus Bendul…”

Mya Amri
23/07/2024
09:50 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mengambil keputusan untuk memaafkan suaminya biarpun terpalit dengan kontroversi diganggu penyondol yang merupakan seorang pramugari.

Maafkan suami dan penyondol

Elcah menerusi hantaran terbaharu di Instagram memaklumkan dia juga telah memaafkan wanita berkenaan namun tidak akan sesekali melupakan perbuatannya yang menganggu keharmonian rumah tangga mereka.
“Kepada suami saya Afi, saya maafkan awak. Saya harap awak berubah dan kepada ‘wanita yang tidak bersalah’, saya tahu saya isteri yang lurus bendul.

“Isteri yang bodoh seperti awak katakan pada saya. Saya maafkan awak tapi tak akan pernah lupa apa yang awak buat ni sampai bila-bila.

“Terima kasih sebab sanggup awak buat anak saya hidup huru hara ke sana ke sini. Awak tak kesian ke anak saya hidup dalam broken family. Semoga Allah membalasnya. “Dan saya tak kata suami saya tak salah. Awak nak tengok cctv ke apa Afi kena dengan saya? Takut awak pun seram je tengok gila saya, jadi biar sahajalah, yang tahu je tahu saya handle keadaan ni dengan Afi.
“Saya maafkan Afi dan saya tak nak awak muncul lagi buat kali ketiga,” tegasnya.

Beri teguran pada penyondol

Dalam hantaran yang sama, Elcah juga turut memberikan amaran dan teguran kepada wanita berkenaan.
Kata Elcah, sebagai seorang perempuan, pramugari itu sepatutnya memahami perasaan wanita lain dan bukannya menjadi perampas atau mengganggu suami orang.
“Lain kali, bila suami orang melayan jangan ikut melayan. Dah tahu suami orang, seronok lagi main sep sep tomtom.
“Dua dua miang kan? Layak lah. Sepatutnya if you at my side, terus bagitahu saya apa yag berlaku. Ini bukan nasi dah jadi bubur baru you nak bagitahu itu ini.
“Sebelum ni seronok pula you ber-video call curi curi. Whatsapp curi curi tunggu suami saya bagitahu line clear ke tidak untuk contact each other.
“So same je. Lain kali tahu suami orang gatal jangan same same gatal juga sekali ok?

“Saya marah sebab awak perempuan, saya perempuan tak kan tak faham lagi? Kenapa perlu sama-sama gatal melayan.

“Jika awak kisah sangat pasal Afi tu suami orang patutnya dari awal dah beritahu saya, bukan sekarang sampai nak minta duit itu ini,” tegurnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

ARTIKEL BERKAITAN:Elcah Sedih Sepupu Maut Di New Zealand - “Macam Tak Percaya Tapi Kami Kena…”

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan Baik Syada Bengang Niat Baik Disalah Erti - “Ada Netizen Nak Kaitkan Kes Cerai, Buka Tudung”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Lah Aniaya Bini, Kaitkan Dengan Aku” - Puteri Sarah Beri Amaran, Bekas Suami Influencer Suka Hati Petik Nama!

Terdahulu, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Elcah menerusi beberapa hantaran di Insta Story mendedahkan selain menganggu suaminya, wanita itu juga turut meminta wang berjumlah RM20,000.
Untuk info, Elcah sebelum ini pernah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac 2023.
Bagaimanapun, Elcah sekali lagi melalui fasa mendukakan apabila diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Menurut Elcah, apa yang lebih menyedihkan lagi bagi perkahwinan keduanya ini adalah apabila dia mendapat tahu bahawa bekas suaminya itu telah melakukan perkara yang tidak sepatutnya dengan wanita lain.
Elcah kemudiannya melangsungkan perkahwinan ketiga dengan pasangannya iaitu Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri pada Januari 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Hugh Jackman Curang Sampai Cerai, Isteri Penulis Skrip Jadi Penyondol

gempak
13/11/2024
13:59 MYT
Aktor berprolifik Hugh Jackman kini menjadi bualan hangat di Hollywood kerana didakwa curang sebelum bercerai dengan isterinya, Deborra-lee Furness.
Viral

Syifa Melvin Nasihat Kaum Isteri Berhenti ‘Spotcheck’ Telefon Suami - “Jaga Mental Sendiri Tapi Bukan Dengan…”

gempak
13/11/2024
00:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Syifa Melvin memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan segelintir wanita terutama bergelar isteri yang gemar memeriksa telefon bimbit suami mereka.
Hiburan

Zera Hariz Sah Bergelar Isteri Kepada Iqwan Alif Selepas 7 Tahun Bercinta, Terima Wang Hantaran RM11,111.00

gempak
11/11/2024
08:20 MYT
Pelakon dan penyanyi Zera Hariz sah bergelar isteri kepada pilihan hatinnya yang juga penyanyi, Iqwan Alif pada 1 November lalu.
Hiburan

One In A Million! Netizen Gembira Ina Naim Kembali Jadi Isteri, Puji Suami Baharu Seorang ‘Gentleman’ – “Sekali Lagi Allah Temukan Dia Dengan…”

gempak
10/11/2024
23:50 MYT
Umum mengetahui balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim selamat bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Shukor, pada Jumaat lalu.
Hiburan

Dah Setahun Pemergian Suami, Hati Noniswara Belum Bersedia Untuk Bergelar Isteri Semula - "Ramai Saja Yang Melamar Saya Sebenarnya"

gempak
10/11/2024
11:55 MYT
Pelakon Datin Seri Noniswara mendedahkan dia banyak menerima lamaran daripada lelaki yang mahu menjadikannya isteri.
Unitar