Laman Utama

Adira Suhaimi Menyanyi Teruk, Tomok Ada Aura? – Mas Idayu

Syafiqah Jalal
18/06/2022
05:04 MYT
Program baharu yang menghiburkan dan melibatkan ramai artis tanah air iaitu Karaoke Superstar diteruskan lagi untuk episod ketiga esok, pada Ahad.
Banyak kejadian yang berlaku dalam Karaoke Superstar kali ini, antaranya ramai yang terkejut dengan komen juri Mas Idayu terhadap nyanyi Adira Suhaimi yang dikatakan tidak baik.
“Nyanyian Adira teruk,” katanya spontan.
Adira meyanyi dalam segmen Messy Up Star di mana dia perlu berlawan bersama Tomok.
Messy Up Star dalam pusingan akhir ini, artis tersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara mesh up dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.
Selain itu, sejarah berulang lagi bila Tomok ‘reunite’ dengan Naqiu dalam pusingan mikrofon misteri. Gara-gara tak mahu Tomok teka dengan mudah, Naqiu sampai perlu kepit suaranya. Bagaimana pun, Tomok tetap kenal suara kawan baiknya dan akhirnya dapat teka betul.
Sementara itu, dalam segmen Mikrofon Misteri ketika pusingan keempat akan munucl seorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artis minggu tersebut. Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artis pilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya.
Persona artis jemputan tersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggu tersebut perlu meneka siapakah mereka.
Karaoke Superstar mendapat respon yang positif dan baik dari penonton apabila rata-rata gembira kerana dapat mengimbau kembali zaman karaoke dahulu dengan lagu-lagu popular seperti Sejarah Mungkin Berulang, Dari Sinar Mata, Tak Mungkin Berpaling, Gerimis Mengundang dan banyak lagi.
Ternyata Karaoke Superstar bukan sahaja membawa pembaharuan format dan kandungan, Astro turut memberikan peluang untuk merapatkan silaturrahim di antara selebriti-selebriti dengan para peminat mereka.
Jangan lupa saksikan Karaoke Superstar setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan Astro GO!
Program ‘Karaoke Superstar’ memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka secara semuka dan menengahkan konsep program nyanyian yang berbeza dengan program-program pertandingan nyanyian di Astro sebelumnya.
Inspirasi program ini terhasil daripada minat berkaraoke para peminat setia artis-artis yang terbabit. Program ini ingin mendekatkan peminat dan semua daripada kelab peminat untuk bekerjasama menyokong dan membantu artis kegemaran mereka dengan cara yang lebih menyeronokkan. Begitulah juga terhasilnya segmen-segmen yang disajikan dalam program ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Termuat Naik Gambar Free Hair, Adira Salahudi Mohon Maaf - "Sesiapa Tengok, Jangan Sebarkan"

gempak
24/07/2024
07:48 MYT
Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi tampil membuat permohonan setelah tersilap memuatnaik foto tanpa berhijab di akaun Instagramnya.
Hiburan

Datuk Red Tak Pernah Nak 'Singkirkan' Datin Red Dalam Perkahwinan, Anggap Diri Tiada Jodoh

gempak
24/07/2024
07:25 MYT
Datuk Red memberitahu bahawa dirinya tidak pernah terfikir untuk menyingkirkan Datin Red dalam hidupnya.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

"Hari Ni Hari Ke-5 Kami Couple" - Datuk Red & Adira Kembali Bercinta?

gempak
23/07/2024
04:42 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi dan bekas suami Datuk Red mencuri perhatian ramai sewaktu membuat siaran langsung di TikTok bersama baru-baru ini.