Aktor Aaron Aziz sekali lagi mengenjutnya pengikut Instagram miliknya dengan foto luka yang ngeri di wajah anaknya, Dahlia Arissa.

Luka tersebut sebenarnya hanya kesan solekan ngeri yang dilakukan oleh anaknya itu.

BACA: “Gambar Pertama Buat Handphone Saya Nak Terjatuh!”- Netizen Terkejut Melihat Anak Aaron Aziz Selepas...

Foto yang dimuat naik oleh Aaron itu sekali lagi mendapat perhatian pengikutnya.

“MashaAllah dia buat lagi lah budak ni haih...but saya suka la tengok dia so talented.

“Well done Adik @dahliaarissaaaron #Abglemahsemangatjap #Abggelaksorang #Abgkagum #AnakAbgwalkingDead #AnakAbgzombielagi # #dahliaarissaMakeupeffects,” tulisnya.

Rata-rata ngeri serta geli melihat kesan solekan tersebut.

“Aduhai meremang bulu roma tengok

“Adui ngeri la

“Gelinya tengok,” antara komen pengikutnya.

Tak kurang juga yang memuji hasil seni anaknya itu.

“Wah she is so talented

“Nampak real, pandai dia buat,” puji peminatnya.

Terdahulu Aaron pernah mengejutkan orang ramai dengan kesan solekan yang nampak seperti luka sebenar.

Selain Dahlia, Aaron yang mendirikan rumah tangga dengan Diyana Halik turut mempunyai dua lagi cahaya mata, Danish Anaqi, 15 dan Dwi Ariana, 13.

MashaAllah Dia buat lagi lah budak ni haih...but saya suka la tengok dia so talented. Well done Adik @dahliaarissaaaron #Abglemahsemangatjap #Abggelaksorang #Abgkagum #AnakAbgwalkingDead #AnakAbgzombielagi # #dahliaarissaMakeupeffects

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on