Syafiqah Jalal
Mon Sep 18 2017
Konsert pertama AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royal Theater Shah Alam, malam tadi.
Bertemakan 'Throwback Akademi Fantasia' , 12 bintang AF Megastar telah menyanyikan sebuah lagu yang pernah dibawakan oleh pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hingga terkini.
Adira dan Azhar mendapat markah di kedudukkan terendah menyebabkan mereka tersingkir pada malam itu.
Sementara Syamel telah menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.
Syamel memenangi eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.
Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Datuk Norman Abdul Halim selaku juri jemputan.
Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta dari khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.
Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:
1. Syamel, 58.6% - Ku Tak Akan Bersuara
"Wow! Persembahan yang sangat luar biasa. Tapi saya tak berapa layan lagu ni, mungkin jiwa saya lebih ke arah hip hop. Bagaimanapun saya dapat rasa awak ni bintang yang memang dilahirkan di atas pentas kerana persembahan kamu sangat natural dan enjoy," - Datuk Norman Abdul Halim
2. Marsha, 57.4% - Asmara
"Pada mulanya saya tertanya kenapa Marsha hendak nyanyikan lagu mudah ini. Tapi setelah melihat persembahan awak dengan penuh karakter saya boleh kata ia persembahan yang hebat. Dulu saya ada kata mahu awak bulatkan lagi suara untuk lebih kemas tapi kali ini saya tak kisah kerana awak menyanyi bertujuan menurut karakter," - Syafinaz Selamat
3. Bob, 56.6% - Awan Yang Terpilu
"Bob awak memang bagus, persembahan awak memang terbaik. Saya ingat lagi, awak satu-satunya penyanyi yang telah diberi penghormatan oleh kumpulan orkestra, memang hebat," - Datuk Ramli MS
4. Idayu, 56.4% - Ya Maulai
"Sebutan kamu tu cantik dan jelas walaupun menyanyikan lagu asli, ia persembahan yang hebat. Saya hairan kenapa mereka (peminat) tendang awak awal-awal dulu," - Datuk Ramli MS
5. Shahir, 44.2% - Seroja
"Telinga saya terganggu dengan pitch awak, suara awak ditenggelami muzik. Lagu tak ada masalah cuma jika mahu buat susunan muzik kena betul. Jika mahu buat kalainan awak perlu dengar dan fahamkannya dahulu, jadi perlu berhati-hati," - Datuk Ramli MS
6. Ewal, 41.3% - Bunga Pujaan
"Susah nak cari apa point nak kritik, pada mulanya saya cuba cari salah tapi semua ok. Cuma ada terkucil sedikit di awalnya tapi saya percaya awak boleh lakukannya," - Datuk Norman Abdul Halim
7. Sufi, 40.9% - You Give Love A Bad Name
"Ini lagu rock tapi awak menyanyi dengan genre pop. Saya rasa awak kurang memahami lagu rock itu. Rock dan pop harus berbeza. Awak boleh menyanyi cuma kena faham apa yang nak disampaikan," - Datuk Ramli MS
8. Indah, 39% - Tiada Lagi Tangisan
"Saya rasa awak cuba nak berikan persembahan yang dinamik dan ada warna tapi awak perlu titik beratkan beberapa perkara praktikal. Tadi persembahan awak banyak kecundangnya tapi saya tak kata ia tak bagus cuma ada kekurangan," - Syafinaz Selamat
9. Amir, 37.7% - Hanya Kau Yang Mampu
"Saya nampak awak macam takut-takut, orang tak perlu tahu awak sedang gementar sebab suara awak bagus," - Syafinaz Selamat
10. Amir Jahari, 35.7% - Laskar Pelangi
"Persembahan awak ni idea awak kah? Kerana ia sungguh sempurna dengan video latar, muzik tambahan dan nyanyian awak bagus sekali," - Datuk Norman Abdul Halim
11. Adira, 29.3% - Ikut Rentakku
"Siapa tak boleh menafikan awak boleh menyanyi, tapi tadi awak nyanyi putus-putus. Cuba lebih commited dalam persembahan sebab saya rasa tadi awak tak commited," - Syafinaz Selamat
12. Azhar, 17.1% - Dalam Gerimis
"Saya rasa awak kekok bila menyanyikan lagu ini kerana saya rasa ia bukan jiwa awak tapi secara keseluruhan ia masih suatu persembahan yang baik," - Datuk Norman Abdul Halim
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.