Skip to main content

Kecantikan

“Saya Menangis Setiap Malam” - Persiapan Cecah RM100,000, Impian Daniellyn Tan Di Miss Globe 2026 Tidak Kesampaian

“Saya Menangis Setiap Malam” - Persiapan Cecah RM100,000, Impian Daniellyn Tan Di Miss Globe 2026 Tidak Kesampaian

Sekilas

  • Daniellyn Izabel Tan dari Sabah gagal ke peringkat separuh akhir Miss Globe 2026 walaupun sudah berbelanja kira-kira RM100,000 dan membuat persiapan berbulan-bulan.
  • Dia menghargai sokongan pasukan dan menganggap pengalaman itu lebih bermakna daripada sekadar kemenangan atau mahkota.
  • Daniellyn berazam untuk terus berusaha dan mungkin akan kembali menyertai pertandingan ratu cantik pada masa hadapan dengan lebih bersedia.
Advertisement

Sudah memberikan sepenuh komitmen, menjalani persiapan selama berbulan-bulan dan mengharungi perjalanan yang menelan belanja kira-kira RM100,000, namun impian wakil Malaysia, Daniellyn Izabel Tan untuk mencipta kejayaan di pentas Miss Globe 2026 tidak kesampaian.

Gadis berusia 19 tahun dari Kota Kinabalu, Sabah itu mengakui sukar menerima hakikat apabila namanya tidak diumumkan sebagai salah seorang peserta yang layak ke peringkat separuh akhir pertandingan berkenaan.

Advertisement

Menurut Daniellyn, dia memasuki pertandingan tersebut dengan harapan yang tinggi, persiapan rapi serta keazaman untuk membuktikan kemampuannya sebagai wakil Malaysia di pentas antarabangsa.

“Sejujurnya, ia sangat menyedihkan. Saya menangis setiap malam kerana merasakan sudah memberikan segala-galanya, malah sehingga ke tahap kemampuan tertinggi saya.

“Saya mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadap diri sendiri dan benar-benar mahu membawa pulang satu pencapaian untuk Malaysia.

Advertisement

“Perkara yang paling menyakitkan ialah apabila mengetahui betapa bersungguh-sungguhnya kami membuat persiapan, tetapi keputusan akhirnya tidak seperti yang diusahakan,” katanya kepada Astro Gempak.

Berbulan-Bulan Buat Persiapan, Kos Cecah RM100,000

Berkongsi mengenai perjalanannya, Daniellyn berkata, penyertaan di pentas antarabangsa itu bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan persediaan menyeluruh dari pelbagai aspek.

Selain menjalani latihan, dia turut memberikan perhatian terhadap pemilihan busana, penggayaan, solekan, sesi fotografi serta pelbagai keperluan pertandingan.

“Persiapan saya mengambil masa berbulan-bulan dengan pelbagai perancangan dan penyelarasan.

“Saya mahu memastikan diri benar-benar bersedia dalam setiap aspek kerana tahu peluang ini sangat besar dan saya tidak mahu mensia-siakannya.

“Dari segi kewangan, keseluruhan persiapan dan perjalanan ini menelan belanja kira-kira RM100,000. Ia jumlah yang sangat besar dan saya tidak memandang ringan perkara itu,” jelasnya.

Bagaimanapun, segala persiapan dan pengorbanan tersebut tidak diterjemahkan kepada keputusan yang diimpikannya.

Lebih berat buat Daniellyn, kekecewaan itu turut hadir apabila mengenangkan individu di belakang tabir yang telah mencurahkan masa, tenaga dan sokongan untuk memastikan dirinya bersedia menghadapi pertandingan.

“Ia bukan hanya mengenai diri saya. Saya sentiasa memikirkan pasukan, pengarah kebangsaan dan semua individu yang bekerja keras untuk menjayakan perjalanan ini.

“Saya tahu betapa banyak usaha, masa, wang dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh semua pihak.

“Bagaimanapun, saya tidak menyesali apa-apa. Saya tahu apa yang sudah saya berikan dan mereka yang bersama saya sepanjang perjalanan ini juga mengetahuinya,” ujarnya.

Impian Belum Kesampaian, Tetapi Enggan Mengalah

Meskipun gagal mencapai sasaran, Daniellyn tetap berbangga kerana diberi kepercayaan membawa nama Malaysia, khususnya sebagai anak kelahiran Sabah, ke pertandingan antarabangsa.

Pengalaman tersebut turut mengajarnya bahawa kejayaan sebagai ratu cantik bukan hanya diukur melalui kedudukan atau mahkota, sebaliknya turut melibatkan tujuan dan impak yang mampu diberikan kepada masyarakat.

Atas kesedaran itu, dia mengasaskan inisiatif Hearts of Impact yang memberi tumpuan kepada usaha membantu kanak-kanak dan pelajar kurang berkemampuan.

“Saya mungkin tidak mencapai kedudukan yang diinginkan, tetapi saya percaya tujuan saya lebih besar daripada sekadar sebuah mahkota.

“Saya mahu perjalanan ini turut membawa makna kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Daniellyn tidak menolak kemungkinan untuk kembali menyertai pertandingan ratu cantik pada masa hadapan.

Malah, dia yakin masih mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki diri, menimba pengalaman dan tampil lebih bersedia dengan sokongan pasukannya termasuk pengarah kebangsaan, Miss Nadia dan Dr Sean.

“Saya baru berusia 19 tahun dan sentiasa menjadi antara peserta termuda sepanjang perjalanan saya dalam dunia ratu cantik.

“Saya percaya perjalanan saya masih panjang dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Perjalanan ini bukan pengakhiran buat saya. Ini hanyalah permulaan dan saya berharap dapat kembali dengan lebih kuat, berpengalaman serta bersedia,” katanya.


 

Anda mungkin berminat dengan

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

[5 Pcs / Pek] Seluar Dalam Seluar Dalam Pertengahan Pinggang Cetakan Awan Comel Wanita, Seluar dalam kapas wanita, Seles

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

RHINO SHOE WB400-O4 Aquamax Waterproof Wellington Boots | Premium | Kasut Hujan | Kasut Kebun

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

Georgette Saree with Blouse and Diamond Work For Women

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

Must Watch Video

Advertisement