Laman Utama

Afieq Shazwan Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Daripadanya Berkahwin, Tapi Kena Reject…

gempak
Izwan Isa
17/11/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
Afieq Shazwan Pernah Ajak Wanita Lebih Berusia Daripadanya Berkahwin, Tapi Kena Reject…
Sudah menjadi impian setiap individu di muka bumi ini untuk menamatkan zaman bujang dan mendirikan rumah tangga. Ada yang membuat keputusan untuk berkeluarga pada usia muda dan ada juga yang menunggu apabila tepat pada waktunya.
Bagi penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, perkahwinan merupakan satu hal yang sentiasa ada dalam perancangan hidupnya. Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros berkata, perancangan untuk mendirikan rumah tangga sudah mula difikirkan ketika usianya masih muda remaja.
“Sejak usia saya 21 sehingga sekarang iaitu 24 tahun, saya sentiasa mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Sehinggakan, kalau nak kahwin sekarang pun saya okay. Cuma, saya mendengar nasihat beberapa orang kawan yang sudah berkahwin supaya sabar dahulu.
“Bagi saya, nasihat mereka itu bersebab. Mungkin mereka sudah lalui apa yang belum atau tidak saya lalui. Kalau saya berada di tempat mereka, atau saya berada di tempat saya sekarang, saya tidak mahu kalau melihat seseorang yang berbakat dibiarkan macam itu sahaja.
“Saya macam tu, sebab dulu saya tahu hidup saya macam mana. Jadi, kalau saya kelihatan macam tu, pandangan orang lain terhadap saya mungkin begitu juga. Sebab tu bila ada orang nasihat, saya pegang betul-betul. Kenapa? Mesti ada sebab. Perancangan ada, semua dah ready. Saya dah bersedia sebagai seorang lelaki untuk menjadi suami,” katanya kepada Gempak.
Afieq ditemui secara virtual menerusi sidang media maya drama bersiri terbaharu lakonannya, Diari Seorang Suami baru-baru ini.
Dalam pada itu, Afieq turut berkongsi yang dia pernah mengajak seorang wanita yang lebih berusia daripadanya untuk mendirikan rumah tangga. Namun, ajakannya dibalas dengan penolakan.
“Pernah ajak seorang wanita berusia 28 tahun untuk mendirikan rumah tangga, tetapi ditolak. Katanya, dia menolak ajakan saya kerana masih belum bersedia. Tetapi, saya okay sahaja dengan penolakan tersebut.
“Sejujurnya, saya tidaklah patah hati sebab masing-masing mahu mencari hidup sendiri. Soal rezeki dan jodoh bukan kerja kita tetapi kerja Tuhan,” katanya.
Untuk rekod, Afieq dikatakan rapat dengan penyanyi dan pelakon muda, Wani Kayrie. Namun, masing-masing menganggap hubungan itu tidak lebih sekadar teman tapi mesra.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024