Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran.

Menerusi laman sosial Instagram, pihak Istana Negara berkongsi beberapa keping foto dan video ketibaan Tuanku untuk tatapan umum.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

“Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir,” tulis pihak Istana di ruangan kapsyen.

Tuanku yang diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di situ.

Turut berangkat sama, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)

Terdahulu dalam perjalanan ke Maran, Tuanku turut berhenti di Plaza Tol Karak dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas di situ.

Tuanku bersama Raja Permaisuri Agong turut berkenaan menyampaikan sumbangan makanan kepada pemandu-pemandu lori berkenaan.


Sumber: Utusan Malaysia