Laman Utama
Ah Sudah, Baby Shima Bertatu? Siap Tanduk Merah Bagai, Biar Betul?
Perkongsian sebuah video di Instagram milik penyanyi Baby Shima ternyata membuatkan ramai peminatnya terkejut.
Tiada angin tiada ribut, penyanyi tersebut tampil dengan gaya bertatu yang diletakkan pada bahagian lengan kiri dan belakang badan.
Tambah membimbangkan, imej tatu 'tanduk merah' yang digayakan juga seperti tidak bersesuaian dengan penampilan Shima yang beragama Islam.
Pun begitu, menerusi posting berkenaan, Shima tidak menyatakan alasan berhubung tindakan tersebut.
Shima sebaliknya meminta orang ramai untuk menontonnya di YouTube.
"Nak tahu sebab apa Baby Shima bertatu, boleh tengok di YouTube," tulisnya.
Sementara itu, menerusi pemantauan Gempak di YouTube, penampilan bertatu Shima itu rupanya hanyalah sekadar gurauan atau 'prank'.
Kedua-dua tatu tersebut menggunakan jenis pelekat yang boleh dipadam.
Pendedahan tersebut sekali gus meleraikan rasa panik dalam kalangan peminatnya.
"Ah lega, ingatkan tatu betul, memang dah emo juga tadi".
"Itu pelekat bukan tatu betul".
"Suka dengan prank video kak Shima, menarik. Kita pun terkejut tengok teaser dekat Instagram," tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat video tersebut di bawah.
Must-Watch Video