Nama pelakon filem Spiderman, Tom Holland tular di Twitter selepas penyanyi rap Nicki Minaj mengumumkan kehamilannya baru-baru ini.

BACA: Kerap Kencing & Muntah-Muntah, Nicki Minaj Sahkan Kini Hamil

Dakwa peminat, secara berseloroh bahawa Holland, 24, bakal manjadi bapa kepada bayi yang dikandung Minaj, 37.


Dakwaan itu merujuk kepada memes yang pernah direka peminat pada tahun 2019 yang kononnya wujud cinta tiga segi antara Holland, Minaj dan YouTuber James Charles.

Ramai yang keliru hingga ada yang tertanya-tanya apakah kaitannya Minaj hamil dan Hollad disebut sebagai bapanya.

Apa yang pasti itu hanyalah gurauan dan berita palsu yang dimainkan semula oleh peminat mereka dan ditularkan netizen.

Pada Isnin penyanyi lagu Super Bass mendedahkan dirinya sedang hamil hasil perkahwinannya dengan rakan baiknya, Kenneth Petty.

Minaj dan Petty berkahwin secara rahsia pada Oktober 2019 dan mereka pernah menjalinkan hubungan cinta sejak zaman persekolahan lagi.

Bagaimanapun, Minaj belum mengumumkan jantina bayi yang dikandungnya itu.

Manakala, Holland kini sedang bercinta dengan gadis bernama Nadia Parkes.