Selepas sembilan bulan, pelakon Aidil Aziz akhirnya disahkan bebas daripada pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 456 gram September lalu.
Keputusan itu dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta semalam selepas laporan siasatan penuh diperolehi daripada pihak berkuasa.
"Alhamdulillah, saya sudah boleh menarik nafas lega dan bersyukur atas keputusan ini.
"Sekarang saya sudah boleh kembali fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan saya memandangkan siasatan pihak berkuasa pun sudah selesai.
"Kebenaran akan terbukti sama ada cepat atau lambat," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Short Cut Barbershop di eCurve, Damansara hari ini.
Turut bebas daripada pertuduhan tersebut, R. Guevara Cortez, 33, yang ditahan bersamanya di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Terdahulu, Aidil telah dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dan akan terus berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
September lalu, pelakon Lara Terindah itu telah ditahan untuk siasatan bersama dua orang lagi rakannya selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 456 gram dan memiliki senjata berbahaya.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28, ditahan bersama Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez di sebuah kediaman di Jalan Ampang.
Pada 7 Oktober 2016, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Dalam perkembangan lain, Aidil bakal kembali ke set penggambaran drama bersiri 40 episod tidak lama lagi selain giat mempromosikan bisnes makanan Kingmangifera.
Teks oleh: Amri Hassan
Syafiqah Jalal
Fri May 19 2017
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.
Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim
Semoga pelaku cepat ditangkap.