Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”

Konsert yang dibawakan khas oleh B De Paris Beauty Project dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UiTM ini bakal mengembalikan memori penonton ke zaman kanak-kanak.

Penonton bakal dihiburkan dengan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional yang hampir tidak didengari lagi oleh masyarakat hari ini selain dari mengetengahkan aneka genre dendangan popular era 1980-an hingga kini.

BERITA TRENDING: Tidak Dengki & Gaduh, Aina Abdul Adore Ernie Zakri, Bukan Hanya Muncul Di Konsert Siap Ada Plan Duet!

Orkestra UiTM

Penganjurnya, Burhan Ahmad berkata, konsert yang akan diiringi oleh Orkestra UiTM bakal menyaksikan Aina Abdul dan Ernie Zakri berduet lagu Kurik Kundi, lagu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nuhaliza.

“Sebelum ini kita tengok kedua-dua mereka menyanyikan lagu balada tetapi di Konsert Destiny of Music ini, mereka akan berpadu suara menyampaikan seleski tradisional yang pasti akan meninggalkan impak.

“Bersesuaian dengan tema konsert iaitu Destiny of Music, selama tempoh tiga jam, lebih dari 20 lagu pelbagai genre akan berkumandang di dewan,” katanya.




Selain Ernie dan Aina, konsert Destiny of Music turut menampilkan Haziq Rosebi, Kugiran Masdo, Rayme Zainal dan barisan penyanyi UiTM.

Konsert Destiny of Music mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia di atas inisiatif pihak penganjur dan Uitm dalam menyemarakkan aktiviti kesenian, kebudayaan dan warisan. Selain itu, 15 hingga 20 peratus dari hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Pendidikan UiTM.

Tiket telah mula dijual secara online di Ticket2U.com dengan harga bermula dari RM98 hingga RM488.

Sebarang pembelian tiket secara berkumpulan/pukal oleh syarikat korporat melayakkan mendapat pengurangan cukai. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan konsert Destiny Of Music serta pembelian tiket sila hubungi Puan Hidayah di 0172097482.

BERITA TRENDING: #GMWA23: Ibu Pengkritik Tegar Aina Abdul - “Dia Suka Hantar Voice Note Macam Radio”

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Video-Video Dengan Lagu Siti Nurhaliza, DOLLA Atau Ernie Zakri ‘Dibisukan’ Di TikTok Sejak Semalam

BERITA TRENDING: “Kami Tak Pernah Gaduhlah” - Ernie Zakri Okay Dengan Nadeera Zaini, Hormati Antara Satu Sama Lain