Berita
AirAsia Tawar 10 Juta Tempat Duduk Promosi Ke Lebih 130 Destinasi Bermula 8 Jun 2024
AirAsia kembali menawarkan kempen tempat duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk tambang asas sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang berkaitan.
130 destinasi
Pada tahun ini, dengan penerbangan ke lebih 130 destinasi, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi destinasi pelancongan yang ditawarkan.Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali
Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai 8 Jun hingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan dari 2 Sept 2024 hingga 8 Okt 2025, katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini meneroka destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap serta banyak lagi secara percuma dan merangsang ekonomi tempatan.
Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…
Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar seterusnya menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…
Bagi mereka yang ingin pergi lebih jauh, Big Sale AirAsia kini sedang berlangsung, menawarkan tambang istimewa di AirAsia X untuk merasai pengalaman menakjubkan atau hidangan tempatan enak di Taipei, Xi'an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.
Tambang rendah bermula serendah RM279 sehala termasuk semua.
Sumber: Bernama menerusi Awani
Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…
Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…
Must-Watch Video