Hiburan

Aizat Amdan Rempuh Majlis Kahwin Orang... Apa Cerita Ni?

Kamaruddin Razal
30/04/2020
22:04 MYT
Setelah melancarkan single terbarunya yang berjudul Dup Dup, kini penyanyi Aizat Amdan muncul pula dengan video Aizat Amdan Wedding Crash yang mempunyai dua bahagian.
Seiring dengan lirik dan video muzik di dalam single Aizat yang berjudul Waktu yang telah dilancarkan pada tahun ini, lagu ini ditujukan khas untuk pasangan yang bakal dan baru berkahwin.
Disebabkan itu idea untuk merempuh majlis perkahwinan ini timbul.
Penggambaran yang dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan akibat Pandemik COVID-19 ini hanya mengambil masa selama dua hari sahaja dan Aizat Amdan berjaya merempuh tiga majlis perkahwinan yang diadakan di Bangi dan Klang (bahagian satu) dan Melaka (bahagian dua).
pengurus bahagian domestik Warner Music Malaysia, Shah Shamshiri berkata, permintaan untuk Aizat 'merempuh' majlis kahwin mereka sangat memberangsangkan.
"Kami tahu ramai yang meminati Aizat serta lagu-lagunya jadi kami sangat gembira apabila Aizat sendiri bersetuju dengan idea ini.
"Malah, kami mendapat permintaan yang begitu banyak di laman sosial saat Aizat bertanya siapa mempunyai kawan yang mungkin mahukan persembahan kejutan di perkahwinan mereka awal Mac lalu.
"Namun kami hanya mampu memenuhi tiga permintaan bertuah dan berharap dapat memenuhi lebih banyak permintaan di masa hadapan," jelasnya.
Tonton bahagian pertama video Aizat Amdan Wedding Crash di bawah:
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

gempak
02/07/2024
11:15 MYT
Aizat kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.
Laman Utama

Aizat Amdan, Lain Macam Fesyen Sekarang!

gempak
23/10/2023
13:24 MYT
Aizat Amdan membuat persembahan di konsert Yunaverse.
Laman Utama

“Sosial Media Tak Elok Untuk Saya” - Aizat Amdan Akui Jarang Kongsikan Hal Peribadi Di Internet Sebab…

gempak
18/07/2023
01:50 MYT
Aizat Amdan lebih gemar 'senyap'
Laman Utama

Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Ameng Spring & Aizat Amdan Antara Penyanyi Yang Bakal Meriahkan Pesta Kuantan 188

gempak
17/07/2023
07:50 MYT
Meriahnya!
Laman Utama

Ingatkan Lagu BBNU, Rupa-Rupanya 'Hadiahkan Duka Kepadamu' Lagu Baharu Aizat Amdan!

gempak
26/05/2023
11:50 MYT
Tahniah Aizat