,
Hiburan

Pernah Dilabel ‘Berwajah Awam’ & ‘Muka Biasa-Biasa’, Aizat Saha Tidak Cepat Melatah

Gempak
04/08/2024
09:55 MYT
Pencipta kandungan, Aizat Saha berkongsi mengenai perihal isu buli siber yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Menurut Aizat, sejak dikenali di platform media sosial, dia tidak pernah mengalami buli siber yang teruk.

Berwajah awam

Namun, ada beberapa ketika dia menerima komen-komen negatif, sungguhpun dia hanya menjalani kerjanya seperti biasa.

“Kalau bercakap pasal buli siber… saya bukanlah benar-benar mengalaminya. Cuma adalah beberapa komen tentang penampilan dan wajah saya.

“Ada yang kata saya berwajah awam, muka biasa-biasa… macam tu adalah. Tidak teruk sangat,” katanya kepada Gempak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Datuk Seri Rossa dalam POV Aizat Saha Raih Perhatian Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Tawaran Berlakon MV Raya & Iklan, Aizat Saha Bersyukur Ramadan Serta Syawal Penuh Rezeki

​ARTIKEL BERKAITAN: "Aku Dah Popular Pun Sebelum Dia Popular" - Kelly Azman Nafi Tumpang Glamor Aizat Saha

​ARTIKEL BERKAITAN: Abang POV, Aizat Saha Dedah Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Jadi Anak Ikan – "Kalau Duit Datang Dengan Cara Tidak Baik…”

​ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

Aizat menambah, sungguhpun tidak kerap menerima komen-komen negatif netizen, dia tetap maklum mengenai figura popular lain yang sering dihenyak kritikan melampau di internet.
“Saya tengok public figure lain ada yang kena sangat teruk. Banyak komen negatif yang dilemparkan oleh netizen. Sungguhpun netizen tak kenal pun mereka, tapi macam-macam komen buruk ditinggalkan,” ujar Aizat.
Mengambil serius perkara tersebut, Aizat memberitahu yang dia sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan kritikan atau komen-komen negatif dari netizen pada masa akan datang.
“Apatah lagi apabila sekarang saya sudah mula berlakon, jadi sudah tentu akan ada kritikan atau teguran tentang lakonan saya. Namun, saya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran.
“Saya tak expect saya akan terus pandai berlakon dan saya juga tak expect orang akan nampak saya perfect ketika berlakon. Saya akan belajar terima komen-komen sepositif yang mungkin,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aizat bakal muncul dengan drama bersiri Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi, selain projek teater yang akan dipentaskan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”

gempak
15/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Meerqeen, memberitahu dirinya menjadi mangsa buli secara atas talian.
Viral

"Saya Gemuk Pun Laki Sayang Saya"

gempak
07/08/2024
02:25 MYT
Jelas Siti Nurnatasha, 25, bersuamikan lelaki Muhammad Shahril Rizal Hanafiah, 28, yang disifatkan 'elok' pada pandangan ramai ibaratnya satu tuah.
Hiburan

Pernah Kena Siber Buli, Ara Johari Tak Kisah Komen Negatif Asalkan Tak Babitkan Keluarga - "Kalau Sentuh Keluarga Mungkin..."

gempak
02/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi Ara Johari berkongsi dirinya pernah menjadi mangsa siber buli ketika di awal permulaan kariernya.
Hiburan

“Satu Budaya Yang Teruk!” - Shuib Harap ‘Cyberbully’ Dihentikan, Dedah Arwah Siti Sarah Juga Pernah Jadi Mangsa

gempak
10/07/2024
04:55 MYT
Berita mengenai seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber mendapat perhatian semua pihak.
Unitar