Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

Gempak
23/07/2024 21:55 MYT
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip, baru-baru ini.

Kemunculan Hafiz Suip

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah juri Gimme The Mic Malaysia itu turut menitipkan sokongan buat pelantun lagu Awan Nano itu.

Doa Ajai Buat Hafiz

Menurut Ajai, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hafiz.

“Brother sentiasa mendoakan untuk kamu… agar kamu sentiasa dipelihara Allah.

“You must be strong brother, we love you.

“My brother is back, InsyaAllah,” tulis Ajai.

Peminat Teruja

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja melihat Hafiz yang sekian lama menghilang itu.

“Thank you abang Ajai bawa Hafiz kembali, rindu betul nak dengar Hafiz nyanyi,” tulis netizen.

“Sebak dengar Hafiz nyanyi,” komen netizen lain.

“Come back bro, you are the best, thank you abang ajai bagi peluang dekat dia,” tulis netizen lagi.

“Alhamdulillah semoga terus bangkit mewarnai industri,” komen netizen.

Untuk info, Hafiz akan bersama Ajai dalam menjayakan Konsert ByAjai & Mega Friends yang akan berlangsung 3 Ogos depan.

Terdahulu, nama Hafiz kembali menjadi sebutan ramai apabila mendakwa penyanyi itu sedang berdepan masalah rumah tangga.

Spekulasi bertambah kencang apabila Hafiz juga bertindak menyahaktifkan akaun IG miliknya.

Nama Hafiz juga turut menjadi perhatian apabila terpalit dengan pelbagai spekulasi mengenai keadaanya susulan fizikal tubuhnya yang susut.

Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelbagai Spekulasi Timbul, Hafiz Suip Kongsi Foto Sahabat Sejati - “Diorang Tak Ada Assume Atau Tuduh Aku Bukan-Bukan Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: “Teringin Tengok Diri Saya Kurus Tapi Rambut Panjang” - Hafiz Suip

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Warna Rambut, Hafiz Suip: “Kalau Ikut Hukum Salah Sebenarnya, Tapi Kita Bercakap Dalam Dunia Hiburan”

#Konsert #Hafiz Suip #Ajai #peminat #Rindu #Hilang #Gimme The Mic