Laman Utama

“Teringin Tengok Diri Saya Kurus Tapi Rambut Panjang” - Hafiz Suip

gempak
Izwan Isa
21/11/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
“Teringin Tengok Diri Saya Kurus Tapi Rambut Panjang” - Hafiz Suip
Nama penyanyi Hafiz Suip tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia tampil warna rambut yang agak berlainan dan tidak pernah digayakan sebelum ini.
‘Mencelup’ rambut pendeknya dengan warna hijau terang, Hafiz mengaku yang keputusan itu diambil kerana mahu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat, dan seterusnya membuatkan orang ramai berbicara tentang lagu baharunya.

BERITA TRENDING: Hafiz Suip Dengar Lagu Sendiri Sampai Menangis

Namun, menurut Hafiz, rambut hijaunya tidak bertahan di kepala dalam tempoh yang lama. Tidak sampai seminggu, Hafiz mencukur rambut yang telah diwarnakan dan kembali dengan imej rambut pendek seperti sebelumnya.
Sungguhpun mencuba gaya rambut berbeza sebagai gimik memasarkan single terkini, namun, jaduh di sudut hati, Hafiz sebenarnya rindu pada fasa ketika dirinya berambut panjang.
“Kita cuba maintain apa ada. So far tanya orang rumah dulu, dia kata ok (rambut pendek) senang jaga. Sebenarnya, saya rindu zaman rambut panjang. Yelah, teringin nak tengok diri saya kurus dengan rambut panjang. Sebab dulu masa rambut saya panjang, saya masih berisi.
“Tapi itulah, nak tunggu rambut tumbuh tu makan masa. Jika ditanya antara kurus atau rambut, saya pilih rambut sebenarnya… sebab rambut kita ni mahkota,” katanya ringkas.
Rambut ikal milik Hafiz merupakan sigantur gayanya sejak dia menyertai program Akademi Fantasia 7 pada 2009.
Sejak itu, Hafiz jarang bertukar stail rambut sehinggalah dia mewarnakan rambutnya dengan warna hijau Oktober lalu.

BERITA TREDING: “Jangan Marah Naaa…”- Bagi Tips Kurus, Hafiz Suip Perli Netizen?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live