Iklan
Ajar Puasa, Akim Minta Stacy Bayangkan Dirinya Air Jika Dahaga
Ramadan tahun ini merupakan yang paling bermakna buat penyanyi popular Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, kerana kali pertama menjalani ibadah puasa.
Lebih manis lagi, ini kali pertama isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini belajar bersahur dan bangun pagi untuk memasak.
Bagaimanapun, Stacy mendapat sokongan moral daripada suaminya untuk berpuasa penuh dan menempuh dugaan sepanjang Ramadan.
Antara kata sokongan Akim kepada Stacy ialah, “anggaplah saya seperti air jika awak rasa dahaga berpuasa”.
Sungguhpun kata-kata itu kedengaran lucu, namun ia sangat bermakna kepada saudara baru seperti Stacy yang baru pertama kali menjalani ibadah puasa.
Selain kata-kata semangat dan motivasi, Akim turut memberi latihan kepada Stacy supaya membiasakan diri menahan lapar dan dahaga sepanjang Ramadan.
Semua ini dapat disaksikan menerusi drama Lebaran Akim & Stacy yang bakal bersiaran bermula pada 8 Jun (Rabu) ini, jam 4 petang.
Drama lima episod ini boleh disaksikan di laman web Astro Gempak (episod 1 & 2) dan aplikasi Capture Digi (episod 3 hingga 5).
Muat turun aplikasi Capture secara percuma sekarang.
Must-Watch Video