Usaha untuk memupuk bakat industri kreatif tempatan terus digiatkan oleh Akademi Quinton yang telah ditubuhkan oleh Kumpulan Quinton.
Kata pemilik syarikat Lomo Pictures Sdn. Bhd. yang juga penerbit terkenal tempatan, Aron Koh, selain memupuk bakat profesional tempatan dalam industri hiburan, lakonan dan penerbitan filem, akademi tersebut turut menyediakan drama bersiri tempatan.
"Sebagai penerbit berpengalaman di Malaysia, saya selalu fikir bahawa bakat adalah elemen terpenting dalam industri. Terdapat ramai bakat di Malaysia tetapi kekurangan peluang dan platform untuk mempamerkan kemahiran mereka.
“Oleh itu, tujuan utama kami membuka Akademi Quinton adalah untuk menemui lebih ramai bakat yang bersemangat dalam industri perfileman dan memberi mereka latihan dan bantuan untuk membantu meningkatkan industri terutamanya dalam Malaysia.
"Sehubungan itu, Akademi Quinton menubuhkan Pusat Seni Kreatif Skycac yang menawarkan pelbagai pilihan akademik kepada pelajar yang berminat dalam dunia perfileman dan industri seni persembahan.
"Ia akan menyediakan pelbagai persembahan secara bulanan termasuk persembahan muzik, rancangan broadway, koir dan sebagainya bagi menyerlahkan bakat tempatan melalui persembahan seni.
"Penubuhan pusat seni itu bukan sahaja untuk mencari bakat tempatan tetapi juga untuk membantu mereka mengejar impian serta menyokong dan mempromosikan kumpulan seni tempatan untuk bersinar di platform filem Antarabangsa.," ujarnya yang banyak membantu meningkatkan pasaran filem tempatan, Hong Kong dan Taiwan.
Sementara itu, kata Penulis Skrip Jutaan merangkap pengarah popular, Ryon Lee, kerjasama dengan Quinton Group untuk menubuhkan Akademi Quinton sebagai tempat lahirnya bakat filem dan seni disambut baik.
"Demi menyediakan pelbagai bidang akademik pilihan kepada pelajar yang berminat dalam industri perfileman dan seni persembahan, diyakini para pelajar dapat mempelajari teori dan amalan filem melalui kursus yang ditawarkan.
"Di samping itu, para pelajar ini juga akan dibimbing dalam kerjaya perfileman yang sekali gus membawa industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa.
"Tenaga pengajar profesional dari dalam dan luar negara akan mengajar mereka. Yang berjaya menamatkan pembelajaran akan dianugerahkan Sijil Profesional Akademi Quinton," katanya.
Sebanyak 10 sijil profesional baharu termasuk Sinematografi, Penghasilan Bunyi, Teater dan Lakonan, Teater Muzikal, Penulisan Kreatif, Pengarah Kandungan, Persembahan Muzik, Kareografi Stunt, Pengurusan Produksi, Penjenamaan KOL dan Siaran Langsung disediakan menerusi Akademi Quinton.
Dalam perkembangan sama, maklum Aron, Akademi Quinton akan bekerjasama Kolej Universiti Lincoln, Akademi Broadway dan Akademi Filem New York pada masa akan datang.
"Kita juga akan menjemput pelbagai bakat profesional dan profesor dari Itali, Australia dan lain-lain negara sebagai pensyarah untuk bekerjasama dan memenuhi visi akademi dalam memupuk lebih banyak lagi bakat dalam seni perfileman dan industri produksi," tambahnya.
Akademi Quinton juga akan menawarkan kursus Diploma dan Ijazah Lanjutan dalam masa depan terdekat.
Amri Hassan
Sat May 14 2022


Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.

“Kedua-Duanya Betul…”- Jadikan Isu Sakit Ustaz Kazim Marketing Filem? Ini Jawapan Mawi…
Akhirnya Mawi sebagai pengarah buka mulut...

“Fatima Sukakan Baby…”- Mahu 3 Anak, Fazura Akui Rancang Anak Kedua Pada…
Dah plan 2nd baby rupanya...

“Awak Panggil Ramai Jatuhkan Saya…” - Isu 'Duit Palsu' RM10K, Tiktokers Akhirnya Buat Laporan Polis?
“Ramai tertanya-tanya kenapa Puteri tak buat report.

Pilihan Sabtu: Siti Tak Kritik Tak Tunjuk Wajah Anak, Sufian Masih Mencari? Siapa Yang Mesra Dengan Anak HIV & AIDS?
Apa cerita Sabtu?