Berita

Akhirnya! Buat Pertama Kali Gunung Himalaya Dapat Dilihat Jelas Selepas 30 Tahun

gempak
Mya Amri
08/04/2020
22:46 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya! Buat Pertama Kali Gunung Himalaya Dapat Dilihat Jelas Selepas 30 Tahun
Penduduk di utara India berkongsi keterujaan mereka dapat melihat pergunungan Himalaya yang diliputi salji dari jarak sejauh 200 kilometer untuk pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, lapor Awani
Pelaksanaan perintah berkurung untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19 di India telah membantu menurunkan tahap pencemaran di negara itu dengan ketara.
"Kami dapat melihat pergunungan yang dilitupi salji dengan jelas dari rumah. Bintang-bintang juga sudah boleh dilihat dengan jelas pada waktu malam.
"Ini kali pertama saya menyaksikan pemandangan seumpama ini, " kata aktivis alam sekitar, Balbir Singh Seechewal.
India, sebuah negara dengan populasi hampir 1.4 bilion, melaksanakan perintah berkurung sejak 22 Mac lalu.
"Bukan hanya kerana kurangnya kenderaan di atas jalan raya, tetapi kebanyakan perindustrian juga ditutup. Ini membantu menurunkan tahap pencemaran ke paras yang rendah," tambah Seechewal. Lembaga Pencemaran Pusat India juga memaklumkan, peningkatan kualiti udara di negara itu bermula selepas 22 Mac.
Menurut Unit Perisikan Data India (DIU), secara purata, indeks kualiti udara meningkat sebanyak 33 peratus dari 16 hingga 27 Mac.
"Saya tidak pernah membayangkan saya akan dapat melihat alam sekitar yang sebersih ini.
"Ini membuktikan impian kita untuk melihat alam sekitar yang bebas pencemaran tidak mustahil untuk dicapai. Kita mesti bekerjasama untuk mengekalkan keadaan ini, " kata Seechewal lagi.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024