Skip to main content

Hiburan

Space Dollah ‘Sporting’ Menari Poco-Poco Di Majlis Resepsi, Netizen Terhibur - “Ini Tarian Terlebih Gula Ni”

Space Dollah ‘Sporting’ Menari Poco-Poco Di Majlis Resepsi, Netizen Terhibur - “Ini Tarian Terlebih Gula Ni”

Sekilas

  • Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dikenali sebagai Space Dollah, mencuri perhatian netizen dengan gelagat menari Poco-Poco di majlis resepsi di Sabah.
  • Video tersebut menunjukkan Space Dollah yang ceria dan sporting, mendapat pujian kerana sikapnya yang santai dan mesra suasana majlis.
  • Majlis resepsi Bella Astillah dan Syed Saddiq di Kota Kinabalu berlangsung pada 31 Oktober, selepas mereka sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober di Kuala Lumpur.
Advertisement

Gelagat abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah menari pada majlis resepsi pasangan itu bersama Bella Astillah di Sabah mencuit hati netizen.

Menerusi video yang dikongsikan di Threads, Space Dollah dilihat ceria menari dengan iringan lagu Poco-Poco.

Aksinya menikmati suasana majlis tanpa kekok menjadi perhatian pengguna media sosial yang terhibur dengan sikap bersahajanya.

Menjengah ruangan komen, ramai menyifatkan Space Dollah sebagai seorang yang sporting dan benar-benar menikmati kemeriahan resepsi tersebut.

“Aku laaa dia niii, dia bebetul have fun happy go lucky hahahahah.

“Ini tarian terlebih gula ni,” komen beberapa netizen. 

Selain gelagat Space Dollah, ada pengguna turut memuji kemesraan keluarga Syed Saddiq yang disifatkan merendah diri dan mudah menyesuaikan diri dengan suasana majlis.

“Sporting semua walaupun menari ikut kemahiran sendiri,” tulis pengguna lain.

Untuk rekod, majlis resepsi Bella dan Syed Saddiq di Kota Kinabalu, Sabah berlangsung pada 31 Oktober lalu.

Majlis tersebut menyusul selepas resepsi mereka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) serta Kenduri Rakyat di Muar, Johor.

 

Advertisement

Sumber: Threads

Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu sah bergelar suami isteri pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.

Anda mungkin berminat dengan

YONEX RUNAWAY TEE

YONEX RUNAWAY TEE

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Nike Brasilia Training Duffel Bag

Must Watch Video

Advertisement