Laman Utama

Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah

gempak
Amri Hassan
16/12/2023
03:07 MYT
Sponsor Banner
Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah
Dengan sekali lafaz, pelakon kacak Hafidz Roshdi dan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada telah selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

BERITA TRENDING: Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Didakwa Bakal Nikah, Netizen Perli - “Baru Balik Surau, Nak…

BERITA TRENDING: “Saya Doakan Yang Terbaik Buat Mereka” - Shuhada Enggan Ambil Tahu Dakwaan Kahwin…

Difahamkan majlis pernikahan tersebut telah berlangsung pada malam tadi (Jumaat) di Glenmarie, Shah Alam.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Hafidz menerusi hantaran sekeping foto dan sepotong video ketika akad nikah di Instagram.
Tulis Hafidz ringkas; "Alhamdulillah" dengan tanda pagar #HafidzAthira
Pasangan membelai sama cantik sama padan mengenakan persalinan serba putih, sama dengan semua tetamu yang hadir ke majlis mereka.
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Didakwa Bakal Nikah, Netizen Perli - “Baru Balik Surau, Nak…

Perkhabaran itu melenyapkan segala teka-teki tentang hala tuju hubungan mereka selepas tular kad undangan perkahwinan mereka awal minggu ini.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi Hidap Bipolar Sejak 3 Tahun Lalu - “Perlu Check Saya Punya Kestabilan Hormon”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024