Penyanyi dan Pelakon Daiyan Trisha berkongsi rasa teruja selepas mendapat peluang bergelar sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Daiyan berkata dia telah menunggu untuk menjadi sukarelawan sejak Mei lalu dan bersemangat untuk menjalankan tugas baru pada setiap hujung minggu di PPV Bangi.

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram (IG), Daiyan turut mengajak orang ramai untuk mendapatkan suntikan vaksin.

“Memulakan rutin mingguan sebagai sukarelawan di PPV. Saya menunggu sejak Mei untuk menjadi sukarelawan.

“Saya gembira kerana akhirnya berjaya bergelar sukarelawan dan membantu. Saya akan berada di sini setiap hujung minggu.

“Tolong dapatkan vaksin ya semua dan selalulah tengok MySejahtera untuk temujanji. Kita boleh lakukannya!” kata Daiyan.

Daiyan antara selebriti yang kerap berkongsi mengenai kesedaran pengambilan vaksin di media sosial dan sering mendapat maklum balas pengikutnya.

"Pengambilan vaksin ini sesuatu yang kita boleh kawal, berbanding pelbagai masalah lain dihadapi sekarang.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk landaikan Covid-19 demi keselamatan semua," katanya.

Tambah pelakon drama Projek: Anchor SPM itu lagi dia seronok melakukan kerja sukarelawan dan akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)