Sekilas
- Pelakon Maria Farida mencuri perhatian netizen dengan penampilan berhijab dalam podcast Too Pretty To Handle.
- Maria memakai selendang satin berwarna emas sambil berkongsi kisah kehidupannya dalam episod tersebut.
- Penampilan berhijabnya dipuji ramai, namun tiada pengesahan rasmi mengenai keputusan bertudung sepenuhnya.
Penampilan pelakon Maria Farida mengenakan hijab ketika menjadi tetamu podcast Too Pretty To Handle mencuri perhatian dan menerima pujian netizen.
Menerusi perkongsian podcast tersebut, Maria tampil menggayakan selendang satin berwarna emas ketika berkongsi pelbagai kisah kehidupannya.
Di ruangan komen, beberapa pengguna memuji penampilan pelakon itu yang disifatkan semakin manis apabila berhijab.
“Dia dah bertudung? Cantik, alhamdulillah. Semoga terus istiqamah.
“Alhamdulillah, cantik Maria bertudung,” tulisnya.
Malah, ada yang menyifatkan penampilan berhijab tersebut menyerlahkan lagi kemanisan wajah pelakon itu.
“Lagi cantik dan manis sis Maria Farida dengan penampilan berhijab, alhamdulillah,” komen pengguna lain.
Bagaimanapun, penampilan dalam podcast tersebut tidak disertakan dengan pengesahan mengenai keputusan Maria untuk berhijab sepenuhnya.
Sumber: Too Pretty to handle