Laman Utama
Akhirnya Terjawab! Sah Umat Islam Sambut Raya Aidilfitri Pada Sabtu
Teka-teki tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri akhirnya terjawab apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam akan beraya pada Sabtu.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan pada malam Khamis.
Terdahulu, umat Islam di seluruh negara mula menyambut Ramadan pada 23 Mac lalu.
Must-Watch Video