Seorang wanita berada di dalam keadaan kritikal apabila doktor di sebuah hospital swasta dilaporkan tersilap melakukan prosedur batu karang pada buah pinggangnya.

Salah Bedah Buah Pinggang

Dalam kejadian yang berlaku di Rajasthan, India, wanita berusia 30 tahun tersebut difahamkan dimasukkan ke hospital setelah didapati bahawa buah pinggang kanannya rosak akibat daripada batu karang.

Bagaimanapun, setelah menjalani pembedahan pada 15 Mei lalu, didapati bahawa buah pinggang yang rosak sebenarnya adalah bahagian kiri dan bukannya kanan.

Doktor Mahu Biayai Rawatan

Lantaran kecuaian yang dilakukan, doktor berkenaan menawarkan sejumlah wang untuk membiayai rawatan wanita itu di fasiliti kesihatan lain, namun ditolak oleh ahli keluarganya.

Susulan kejadian itu, ahli keluarga wanita berikut didakwa telah melakukan laporan polis bagi memastikan doktor yang bertanggungjawab di atas kes tersebut dikenakan tindakan tegas.

BERITA TRENDING: Dakwa Diberi Layanan Buruk, Netizen Bidas Kehendak Pesakit Warga Asing

Dalam pada itu, satu pasukan yang dianggotai oleh lima orang doktor turut ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian.

Sumber: Indiatoday

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.