Skip to main content

Konsert

Persembahan 500 Penonton Habis Terjual, Ara Johari Pasang Impian Konsert Solo 50,000 Peminat

Persembahan 500 Penonton Habis Terjual, Ara Johari Pasang Impian Konsert Solo 50,000 Peminat

Sekilas

  • Ara Johari bercita-cita mengadakan konsert solo besar yang mampu menarik sehingga 50,000 penonton pada masa depan.
  • Persembahan ulang tahun ke-10nya, Sedekad Bersuara, berjaya habis tiket dengan lebih 500 penonton hadir memberi sokongan.
  • Ara juga mengumumkan lagu baru ciptaan Hael Husaini dan kolaborasi bersama artis Indonesia yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Advertisement

Penyanyi Ara Johari menyimpan impian besar untuk mengadakan konsert solo yang mampu menghimpunkan sehingga 50,000 penonton pada masa hadapan.

Hasrat itu dikongsikan Ara bersempena persembahan istimewanya, Sedekad Bersuara Ara Johari, yang berlangsung pada Sabtu bagi meraikan ulang tahun ke-10 perjalanan seninya.

Advertisement

Lebih bermakna, tiket persembahan tersebut habis terjual dengan lebih 500 penonton dijangka hadir memberikan sokongan kepada penyanyi berkenaan.

Menurut Ara, kejayaan tersebut menjadi suntikan semangat untuk terus melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air.

“Saya berharap impian itu menjadi kenyataan. Sokongan yang saya terima malam ini memberi saya semangat untuk terus berusaha,” katanya.

Mengimbas perjalanan seninya sepanjang sedekad, Ara mengakui tempoh tersebut dipenuhi pelbagai pengalaman yang membentuk dirinya sebagai seorang penyanyi.

Advertisement

“Sepuluh tahun ini penuh dengan pengalaman yang membentuk perjalanan saya sebagai anak seni.

“Saya bersyukur dapat meraikan detik ini bersama peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya.

Dalam pada itu, persembahan Sedekad Bersuara turut menjanjikan kejutan istimewa buat peminat apabila Ara mempersembahkan sebuah lagu ciptaan Hael Husaini yang masih belum dilancarkan.

Difahamkan, lagu berkenaan dijadualkan menemui pendengar pada tahun hadapan.

Selain itu, Ara turut berkongsi perkembangan mengenai sebuah lagu kolaborasi versi saduran bersama seorang artis Indonesia yang bakal dilancarkan di platform penstriman digital tidak lama lagi.

Bagaimanapun, identiti artis Indonesia tersebut dan judul lagu berkenaan belum didedahkan dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Sepanjang persembahan itu, Ara turut membawakan beberapa lagu yang cukup sinonim dengan perjalanan kerjayanya, antaranya Paku, Sudah, Terlalu Bodoh, Warkah Untukku, Rindu dan Sumpahan Salju.

Turut disenaraikan dalam susunan persembahan ialah Belum Siap Kehilangan, Keliru, Kisah Yang Hampir Sempurna, MJOL dan Bunga, selain medley Racun Hati serta Tetap Aku Cinta.

Dalam masa sama, Ara turut merakamkan penghargaan kepada peminat dan pihak media yang tidak putus-putus menyokong kerjayanya sepanjang 10 tahun bergelar anak seni.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama saya, termasuk pihak media yang membantu membawa perjalanan dan karya saya kepada lebih ramai orang,” katanya.

Biarpun sudah sedekad berada dalam industri, Ara berharap perjalanan seninya akan terus berkembang, sekali gus membuka ruang untuk merealisasikan impian mengadakan konsert solo berskala lebih besar suatu hari nanti.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Arai Quantic Dark Citizen

Arai Quantic Dark Citizen

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement