Berita

Akibat Makan Buah Strawberi, Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Kerana Alahan

Muhammad Firdaus
18/03/2024
11:55 MYT
Siapa sangka bahawa buah strawberi yang terkenal dengan rasa masam manis boleh menjadi punca kepada pemergian seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.
Begitulah insiden yang berlaku di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang budak lelaki difahamkan mengalami masalah sukar bernafas dan tidak dapat bergerak apabila dikejutkan daripada tidur selepas memakan beberapa biji buah strawberi yang dijual di sebuah sekolah untuk kutipan dana.

BERITA TRENDING: “Apa Dosa Bayi Tu?” Netizen Speechless Bila Bayi Baru Lahir ‘Dibuang’ Dari Aras Tinggi Sebuah Kondominium

Menurut sumber, Jabatan Polis Madisonville memberitahu bahawa pihak mereka menerima panggilan ke sebuah rumah berkaitan kejadian itu sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) pada Jumaat.
Hasil bedah siasat Jabatan Kesihatan Hopkins melaporkan kejadian tragis itu berlaku disebabkan oleh tindak balas alahan.
Selepas kematian kanak-kanak itu, Pengarah Kesihatan Awam, Denise Beach menguar-uarkan supaya orang ramai tidak memakan sebarang buah yang dijual daripada kutipan dana sekolah terbabit.
“Jabatan Kesihatan Daerah Hopkins mengeluarkan amaran menasihatkan orang ramai supaya tidak memakan sebarang strawberi yang dibeli dari pengumpulan dana Sekolah Tinggi Madisonville North Hopkins dan Sekolah Tinggi Hopkins County Central.
“Buat masa ini, Jabatan Kesihatan sedang mengambil sampel strawberi ke makmal untuk diuji,” katanya.
Susulan tragedi tersebut, jabatan kesihatan meminta agar semua baki strawberi daripada kutipan derma berkenaan dilupuskan sementara siasatan dijalankan.
Sumber: USATODAY/AGENSI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Beri Alasan Mahu Ke Coachella, Imran Bard Sedih Permohonan Visa Ke Amerika Syarikat Ditolak - “Bayar RM888 Just For The Interview”

gempak
25/07/2024
08:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Imran Bard mendakwa dia terpaksa berputih mata apabila tidak berjaya ketika temu bual di pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, baru-baru ini.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Berita

Larikan Dua Kanak-Kanak, Penjual Goreng Pisang Dihadapkan Ke Mahkamah

gempak
25/07/2024
05:25 MYT
Seorang penjual pisang goreng yang melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza di Kuala Selangor, tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Sungai Besar, pagi ini.
Viral

"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

gempak
25/07/2024
04:25 MYT
Ibu kepada mangsa buli, Zulfarhan mengakui dirinya berasa tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).