Pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan muncul dalam satu video pendek Netflix mengenai Aidilfitri yang membuat penonton berasa suspen untuk mengetahui kisahnya.

Dalam video berdurasi 2 minit 35 saat itu mengisahkan bagaimana beliau menghayati satu watak yang ingin pulang beraya di kampung sambil memandu kereta.

Mengambil latar belakang suasana kampung ketika senja, lelaki tersebut kelihatan tenang memandu kereta nasional Proton Saga edisi pertama pulang beraya.

"Balik beraya konon ada masa tenang, relax tengok tv mahupun wayang, kisah si anak, chef, menteri juga banduan, cerita ditonton confirm ada teladan," katanya dalam video pendek itu.

Apa yang membuatkan penonton suspen adalah ketika lelaki itu masuk ke dalam rumahnya yang kelihatan sunyi.



Menariknya, video pendek ini bukan hanya memaparkan adegan balik kampung untuk beraya semata-mata tetapi menyelitkan kisah yang menarik yang lazimnya berlaku dalam keluarga termasuk unsur nasihat dalam menyelesaikan masalah.

Netflix yang menjadi platform tonton filem dan drama atas talian paling popular ketika ini menerbitkan video pendek ini dengan lebih menghiburkan dengan elemen suspen dan watak seperti dalam satu cerita.

Syotnya cukup menarik apatah lagi penghujung kisahnya membuatkan penonton tahu siapa watak yang lebih suspen.

Video pendek ini boleh ditonton menerusi Facebook, Netflix.

Teks oleh: Elrafaei Sapi