,
Berita

Aksi Mat Sabu Keluar Rumah Pergi Kerja Sambil Polis Pengiring, Pengawal Peribadi Tunggu Luar Rumah Buat Netizen Terhibur

Elrafaei Sapi
23/05/2018
09:08 MYT
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bukan saja sering membuatkan orang ramai terhibur dengan ceramah politiknya tetapi aksinya ketika keluar rumah sebagai menteri juga menarik perhatian netizen di media sosial.
Menerusi perkongsian beberapa foto di media sosial hari ini kelihatan Mohamad Sabu atau lebih popular dengan gelaran Mat Sabu keluar dari sebuah rumah teres yang dipercayai kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.
Menariknya, beberapa orang pengawal peribadi dan polis pengiring menantinya di luar rumah untuk pergi ke pejabat.
Gambar yang dirakam sekitar 7.55 pagi tadi dikongsi Ahmad Sayuti Bashiron menunjukkan Mat Sabu tetap dengan kehidupan yang ringkas cuma bezanya kali ini, beliau ditunggu dan disambut polis pengiring dan pengawal peribadi bersama kenderaan rasmi kerajaan.
Mat Sabu yang merupakan Presiden parti Amanah dan juga Ahli Parlimen Kota Raja dilahirkan pada 14 Oktober 1954 pernah bersekolah di Pulau Pinang sebelum menyambung pengajian dalam jurusan makanan di Institut Teknologi Mara (kini dikenali Universiti Teknologi Mara).
Beliau mula menyertai politik menerusi parti PAS pada tahun 1981 sehingga menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dari tahun 2013 sehingga 2015.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Ahmad Sayuti Bashiron - Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mat Sabu Dahului Anugerah Datuk Seri, Atlet Boling Negara, Shalin Kini Bergelar Datuk

gempak
01/02/2023
07:00 MYT
Tahniah
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Laman Utama

Anwar Ibrahim Segak Berbaju Melayu Pink, Lengkap Songkok & Capal Mulakan Hari Pertama Jadi PM Malaysia Ke-10

gempak
25/11/2022
04:25 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tugasnya sebagai pemimpin secara rasmi pada hari pertama.
Laman Utama

"BN Tak Sokong PH, PN, Kekal Jadi Pembangkang" - Ismail Sabri

gempak
22/11/2022
07:25 MYT
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Laman Utama

PRU15: "No Anwar, No DAP, Saya Rela Dipecat” - Tetap Teguh Pendirian, Hishammuddin Tidak Mahu Kerjasama Dengan PH

gempak
21/11/2022
04:18 MYT
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap dengan pendirian.
Unitar