Aktor Hong Kong, Louis Koo memberitahu terkejut dengan keadaan trafik di Kuala Lumpur yang disifatkannya sesak sehingga boleh membuat dirinya ‘tidur tiga kali di dalam kenderaan sebelum sampai ke destinasi’.

Kenyataan tersebut diberikan Koo sewaktu ditemui media tempatan di ibu kota baru-baru ini.

“Pada waktu puncak, trafik di Malaysia sangat sesak. Tapi ada bagusnya juga kerana ia memberi saya peluang berehat di dalam kereta. Saya boleh terlelap tiga kali tapi masih belum juga tiba ke destinasi,” katanya seperti dipetik The Star.

Koo, 52, juga berseloroh mengatakan dia boleh turun dari kenderaan dan menikmati wantan mi kegemarannya masuk ke kereta namun masih berada di tempat sama.

Bintang tersebut berada di Malaysia untuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Behind The Shadows.

Hampir keseluruhan babak yang membabitkan penggambarannya di Malaysia berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.

Behind The Shadows dihasilkan bersama oleh syarikat Koo, One Cool Film dengan syarikat tempatan agensi, Filmforce Studio.

Selain Koo filem ini dibintangi pelakon dari Taiwan Liu Kuan Ting, aktres Hong Kong Chrissie Chau dan aktres Malaysia, Yumi Wong.