Laman Utama
"Aku Ni Balik Tengah Malam, Tu Yang Lama Tak Bangun Tengah Malam" - Alif Satar Syukur Diberi 'Peringatan'...
Selebriti versatil, Alif Satar akui kehidupannya juga mengalami naik turun seperti insan lain.
Menerusi Instagram, Alif berkongsi perasaan selepas tersentuh melihat sebuah perkongsian tentang bangun tengah malam untuk beribadat.
Menurut Alif, dia kini jarang bangun tengah malam disebabkan selalu pulang lewat ke rumah.
"Salam semua, kebanyakan masa kat platform 'dunia tipu tipu' ni..Saya banyak kongsi benda yang seronok sahaja. Tapi wallahi, saya pun ada waktu macam korang juga ada kala naik, ada juga masa turun.
"Ni nak share satu posting waktu saya record voice over petang tadi, ternampak posting yang betul menangkap jiwa. Bukan kapsyen dia yang bagi impak tapi lukisan kartun dia yang seolah-olah bagi saya wake up call.
"Aku ni balik tengah malam, tu yang lama tak bangun tengah malam," coretnya.
Oleh yang demikian, Alif bersyukur kerana perkara kecil sebegitu diberikan oleh Allah sebagai petanda untuk memperingati-Nya.
"Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk tanda tanda kecil dan peringatan yang berterusan.
"Sebenarnya banyak tanda tanda yang ada hari hari untuk kita, tapi hati kita buta tak nampak," kongsinya lagi.
Dalam entri sama, Alif berkongsi foto lakaran kartun yang dimaksudkan itu, ianya memaparkan situasi kanak-kanak sedang bermimpi meraih kejayaan, sementara situasi kedua menunjukka seorang lelaki beribadah untuk mendapat kejayaan.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian daripada para pengikut Alif di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan itu.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video