Berita

"Aku Tak Peduli Tua Aku Macam Mana Rupa Nanti, Ramai Je Cantik Bercerai-Berai" - Fynn Jamal

gempak
Rozaimi Zubaidi
18/07/2019
06:15 MYT
Sponsor Banner
"Aku Tak Peduli Tua Aku Macam Mana Rupa Nanti, Ramai Je Cantik Bercerai-Berai" - Fynn Jamal
Penyanyi Fynn Jamal mengakui kecantikan yang ada pada seseorang tidak akan menjaminkan apa-apa.
Menerusi entri di Instagram, Fynn berkongsi harapan dan doanya sebelum ajal tiba memandangkan ramai yang melakukan 'FaceApp Challenge'.
"Alang-alang semua orang buat filter wajah di usia tua, izinkan aku menumpang doa. Aku tak peduli tua aku macam mana rupa nanti. Cantik tak cantik tetap tak menjanjikan apa-apa.
"Nak fokus cantik pun, ramai je cantik bercerai-berai. Nak fokus kaya pun, ramai je kaya berputus kasih.
"Doakan aku jumpa ajal ketika iman aku di paling kemuncak. Harap-harapnya di haramayn. Ajal tanpa hutang, ajal tanpa menyusahkan orang, ajal dengan lapang. Amin.
"Doakan aku semoga iman teguh menaik dan tidak tonggang-terbalik," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Fynn dan dan berharap agar iman mereka juga bertambah sebelum tibanya ajal.
"@aishahkzmn: In Sya Allah amin, moga makbul doa Kak Fynn. Nak tambah doa tu sikit je lagi, semoga bila kita meninggal tak ada waris kita yang di tinggalkan dengan hutang dan semoga kita ada amal jariah yang berpanjangan dengan wakaf sedekah. InsyaAllah."
"@zura_zulfa's: Ameen Ya Mujib. Agar doa-doa ini juga berbalik pada kami. Semoga kita semua istiqomah dalam melakukan amalan kebaikan. Aaamiin."
"@mardziyah_mar: Ameenn Ameenn Allahumma Ameen. Moga diaminkan juga untuk kita dan ahli keluarga kita seluruhnya. Kerana khusnul khatimah itu dambaan kita. Moga Allah izinkan. InsyaAllah."
Untuk rekod, Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin telah mendirikan rumah tangga dengan Hazrilfitri Hadzir pada tahun 2010.
Fynn dan suami bahagia membesarkan dua cahaya mata Bakti Arjuna Fitri dan Sakti Kencana Fitri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live