,
Laman Utama

Akui Hidap COVID-19 Ketika Jalani Penggambaran Babak Menari Dalam Siri Wednesday, Jenna Ortega, Produksi Dikecam

Izwan Isa
07/12/2022
13:50 MYT
Jika anda gemar menonton Netflix, sudah pasti siri Wednesday yang dilancarkan baru-baru ini menjadi pilihan untuk ditonton.
Tidak hanya ulasan memberangsangkan yang diberikan oleh pengkritik, lakonan dan jalan cerita yang menarik dalam Wednesday turut menjadi sebab sorotan orang ramai terhadap siri arahan Tim Burton itu.
Sehinggakan, babak tarian yang dijayakan oleh watak utamanya, Wednesday Addams, lakonan Jenna Ortega turut trending di TikTok dan dijadikan challenge atau cabaran oleh orang ramai.
Namun, tahukah anda, selain mereka gerak tarian bagi babak itu sendiri, Jenna turut mengakui yang dia dijangkiti COVID-19 sewaktu menjalani penggambaran bagi babak tersebut.
“Saya mereka gerak tarian sendiri! Saya bukan seorang penari dan pastinya orang pun dapat agak. Saya dapat lagu tersebut (Goo Goo Muck nyanyian The Cramps) sekitar seminggu sebelum penggambaran dan saya buat apa yang termampu.
“Gila betul… sebab hari tersebut merupakan hari pertama saya dijangkiti COVID-19 dan tentulah rasa tak sedap badan sepanjang penggambaran,” katanya kepada NME.
Jenna menambah, dia mengambil ubat sewaktu sesi rehat antara babak.
“Rasa pelik sebab saya tak pernah rasa sakit… tapi bila saya sakit, ia tidaklah teruk mana. Badan sakit-sakit. Saya rasa macam kena langgar dengan kereta dan macam ada makhluk mencakar tekak dan dinding esofagus saya.
“Mereka ada beri saya ubat sementara menunggu keputusan positif,” katanya lagi.
Selepas Jenna mendedahkan hal berkenaan, siri Wednesday menerima kecaman daripada netizen. Ramai antara pengguna media sosial mempersoalkan kenapa Jenna dibenarkan berlakon ketika menunjukkan simptom COVID-19.
Seorang pengguna Twitter menulis: “Ya, dia satu hal yang sangat buruk, berbahaya, tidak beretika dan sangat penting diri - baik dirinya (Jenna) dan juga pengarah serta produser,” katanya.
Bagaimanapun, rumah produksi MGM yang menerbitkan siri Wednesday memberitahu yang protokol ketat COVID-19 diikuti oleh semua orang dan Jenna direhatkan selepas keputusannya menunjukkan yang dia positif virus berkenaan.
Sumber: PinkVilla
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

gempak
29/08/2024
05:10 MYT
Didakwa sedang hangat bercinta dengan aktor, Johnny Depp, pelakon, Jenna Ortega tampil menjernihkan keadaan.
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

gempak
10/10/2023
14:45 MYT
David Beckham diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Laman Utama

Eksklusif Bersama Jamie Dornan, Cerita Tentang Heart of Stone, Gal Gadot & Kembara 6 Negara!

gempak
17/08/2023
03:22 MYT
Gempak berkesempatan menemubual bintang Hollywood, Jamie Dornan pada Jun lalu yang membintangi filem Heart of Stone terbitan Netflix.