HIBURAN
Al Ghazali, Alyssa Pilih Bulan Madu Di Afrika, Mahu Ramai Anak
Keraian perkahwinan Al Ghazali dan Alyssa Daguise usai selepas majlis undur menantu yang berlangsung gilang-gemilang.
Berakhirnya semua majlis seperti yang dirancang, pasangan pengantin baharu itu mula menjalani kehidupan suami isteri yang sebenar.
Anak sulung Ahmad Dhani hasil perkahwinan bersama isteri pertama, Maia Estianty itu mengaku berasa lebih dewasa dan siap memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Ini termasuklah tidak menangguhkan keinginan untuk memiliki anak. Menurut Al, dia dan Alyssa juga mendengar nasihat orang terdekat agar tidak menunda memiliki anak.
"Kami mendengar nasihat agar tidak menunda memiliki anak. Saya dan Alyssa juga berfikir begitu (segera punya anak),” katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Pasangan itu malah sudah merancang untuk memiliki empat orang cahaya mata. Al tanpa berselindung mahu memiliki anak lelaki sebagai cahaya mata sulung.
“Saya dan Alyssa berasa empat anak adalah ideal. Dan jujurnya saya mahu anak lelaki sebagai yang sulung untuk mengajar dan melindungi adik-adiknya,” ujar aktor berusia 27 tahun itu.
Selain berkongsi harapan tentang anak, pasangan ini memberitahu mahu meraikan perkahwinan mereka dengan berbulan madu di Afrika.
“Honeymoon ada, rencana ke Afrika,” katanya yang menyifatkan negara tersebut sebagai unik.
Al Ghazali rasmi menikahi Alyssa Daguise pada 16 Jun 2025 lalu.
Must-Watch Video